Tentang Teori


Teori X merupakan satu nama yang dipetik cepat oleh aku selaku owner blog ini. Teori bermaksud apa segala jenis pemikiran mahupun tanggapan yang benar/palsu/separa-benar/fiksi rekaan. Huruf X diambil sempena initial nama atas kertas aku yang berejaan Xalleh Razax namun ia dibaca dengan bunyi Salleh Razak dan dibaca dengan nada yang sopan serta erotis. Aku ataupun saya bukan seorang ahli fikir malah sekali bukan pula ahli pembukti yang mendedahkan teori dan pemikiran yang sedia ada. Aku ataupun saya adalah seorang manusia yang memiliki jantina separa lelaki dan separa wanita. Aku bohong. Lelaki tulen.

Tujuan penciptaan blog Teori X ini ialah sebagai platform atau bahasa mudahnya sebagai landasan yang lurus buat aku mempamerkan segala jenis dan bentuk penulisan. Melalui blog ini, mungkin sesuatu akan terjadi, contohnya aku bakal menjadi seorang yang popular. Bergandingan dengan hero-heroin tanah air dilayar kacak televisi. Itu cuma mimpi aku lapan tahun lalu. Mimpi itu sudah aku pecahkan sendiri dengan sebilah jarum tumpul. Walau aku seorang yang tidak berbakat, kedegilan serta keghairahan aku terhadap wanita-wanita cantik diluar sana mendorong serta menjolok hati aku untuk mencuba. Tak salah mencuba, itu semua kata-kata nenek moyang kita yang selama ini ternyata bohongnya. Aku tak percaya kata-kata orang dulu-dulu kerana aku rasa bosan dengan mereka. Bukan tidak menghormati, cuma tidak mengerti.

 =======================================================================

Teori Puisi - Merupakan tulisan-tulisan yang aku cipta dan gubah mengikut deras arus kepala sendiri. Ia lebih bersifat melodramatik/emosi ketika pembacaannya.

Teori Cerpen - Merupakan singkatan daripada perkataan cerita pendek yang aku adaptasi daripada biji bulat mata terhadap persekitaran dan suasana sekeliling. Ia lebih bersifat meleret-leret dan pemalas tidak digalakkan membaca, kerana anda akan bosan. Percayalah.

Teori Kispen - Merupakan siri-siri kisah pendek yang berlaku secara tidak sengaja dan mendatangkan tanda tanya dan teladan kepada aku. Dan aku mengambil keputusan untuk menceritakannya dalam bentuk penulisan pendek untuk bacaan semua. Ia lebih bersifat moral dan tauladan.

Teori Nota - Merupakan aktiviti serta kejadian benar yang berlaku terhadap diri aku sendiri mahupun orang sekeliling aku. Ia bersifat universal tidak mempunyai batas. Semua jenis golongan boleh membacanya sebab ia cuma catatan ataupun nota diari aku yang pendek. Oleh kerana tidak mampu membeli diari yang tinggi harganya.

=======================================================================

Dan aku yang menulis,
Xalleh Razax