Wednesday, March 14, 2012

Comments: (0)

Teori Pendek #20

Jadikan cela sebagai permainanmu, rangkul kata mereka yang membusukkan telingamu, endahkan laungan mereka, lari lalu terbang capai kejora.

Comments: (0)

Teori Pendek #19

Bunga akan lebih harum jika tangan yang menghulur itu dengan sebekas hati dan pedoman yang tinggi menggapai angkasa. Tinggi kelangit.

Comments: (0)

Teori Pendek #18

Tak semua burung yang terbang luas diudara selesa dengan sayapnya, adakala mereka mahu punyai sirip buat berenang dilautan luas.

Comments: (0)

Teori Pendek #17

Aku adalah kaca bagi yang buta, permata bagi yang kenal erti dunia.

Comments: (0)

Teori Pendek #16

Anak bongsu yang kematian ayah sejak kecik,akan dikatakan bodoh, tak berguna, nakal dan bermasalah, aku buktikan itu semua palsu.

Comments: (0)

Teori Pendek #15

Kasihan dengan mereka yang tak tahu beza kaca permata, tak tahu syukur apa ada. Punya teman, kita lemparkan, dunia ini luas.

Comments: (0)

Teori Pendek #14

Dunia tanpa ayah adalah ibarat ikat tanpa simpul, pukul tanpa jeritan, hujan petang tanpa pelangi. Sayang ayah.

Comments: (0)

Teori Pendek #13

Bodoh sebenarnya adalah hiburan yang tak disengajakan dan ada pula yang memang disengajakan. Bodoh tak semuanya bodoh, jika kena gayanya.

Comments: (0)

Teori Pendek #12

Orang pandai selalunya paling bodoh tentang agama, janganlah jadi golongan itu, sederhana dalam menggunakan akal, biar bodoh dalam selimut.

Comments: (0)

Teori Pendek #11

Kebanyakan senyuman dalam dunia ini adalah dipalsukan oleh pedih semalam yang tak pernah indah tangisan jika dizahirkan.

Comments: (0)

Teori Pendek #10

Putih boleh menjadi hitam, jadi, jangan salahkan hitam semata-mata, sehitam-hitam ia, hitam lagi putih.

Comments: (0)

Teori Pendek #9

Sesungguhnya irama dan musik itu luas, pilih dan tentukan kualitinya, bukan jahanamkan ia.

Comments: (0)

Teori Pendek #8

Tak semua orang berbahasa inggeris itu bijak, masih ada orang berbahasa melayu yang sembunyikan kehebatan disebalik bodoh yang disengajakan.

Comments: (0)

Teori Pendek #7

Sejauh mana kapal terbang bawa engkau, masih tak cukup jika dibandingkan dengan pengalaman dalam penjara hidup.

Comments: (0)

Teori Pendek #6

Wanita tak terletak seratus-peratus dengan kecantikan luaran, kulit yang licin, bahkan kecantikan dalaman itu utama.

Comments: (0)

Teori Pendek #5

Tak semua yang ada dalam tangan kau, akan ikut kau membesar sama-sama, kadang-kadang dia tinggalkan kau sekejap, mungkin juga lama.

Comments: (0)

Teori Pendek #4

Jangan takut angkat tangan untuk memberitahu, menjelaskan, menerangkan, daripada duduk tunduk serupa manusia tak berkemaluan.

Comments: (0)

Teori Pendek #3

Kalau malu dengan orang ramai, jangan bercinta. Sebab orang ramai semuanya kuat cemburu.

Comments: (0)

Teori Pendek #2

Selalunya,orang yang kemain pailang kat timeline tu lah yang paling senyap dalam dunia sebenar.

Comments: (0)

Teori Pendek #1

Halalkan bulan bersinar buat matahari bernafas, relakan rerama menari disisi-sisi bunga mawar, biarkan separuh tubuh aku dijamah dengki.

Tuesday, March 13, 2012

Comments: (0)

Ke-Angkasa

Malam itu, disebalik tenggelam gelap, dipertengahan usia malam, aku terapung keangkasa. Melihat gugusan bintang yang kononnya bersinar terang. Entah untuk siapa dan kenapa. Kaki tak bersusuk ku jejak ke lantai Bulan. Menderu udara malam menusuk tulang rusuk kanan.

Aku masih lagi mencari, mata masih menari memerhati sekeliling. Mana pergi tulang rusuk kiri? Hilangnya ia tepat saat aku kuakkan kelopak mata pabila deringan detik waktu menjamah terowong telinga. Hilang. Entah kemana.

Disudut paling jauh, terlihat sekelibat figur, hitam warnanya. Kadang-kadang pudar. Dekat ke arah tubuh yang semakin berat kebumi. Selang tujuh saat, kelibat deras meluru ke wajah. Bibir melekat, saling terpaut. Gelian mendatang ke leher, menuju ke cuping.

"Kirana" bisiknya.
"Tulang rusuk kiriku" sahut perlahan.

Celik, sepi tiada suara. Mendongak kelangit. Kelip-kelip mata berlagu, laju menari. Ikut irama. Perlahan senyuman terukir buat insan ternama Kirana.

Comments: (0)

Catur

Bila-bila masa langit tinggi akan roboh
Tenggelamkan jiwa-jiwa anak muda
Menari ditepi manisan alkohol
Berahi disisi kotaknya lembut katil
Empuk dikocok masuk alat keras
Keluar sana, masuk sini, lega katanya
Puas senyumnya, ketawa dalam lena

Menjelang esok, pelangi semalam hilang
Pudar dijamah kelam mentari petang
Burung-burung pun kembali terbang
Dan kau tetap kecundang, malang

Dunia muda, bukan buat pecaturan.

Comments: (0)

Empat Figura Kaki

Hari ini aku menjadi seekor babi
Yang dijanjikan sesuap nasi
Kononnya ia adalah suci
Aku tetap berlapar dalam sendiri
Entah untuk apa perlu berdiri
Kaki yang empat dikerat mati