Sunday, April 8, 2012

Kembali Pendek

Jam loceng menunjukkan sudah hampir ke jam 11. Aku masih tenggelam diatas empuknya balutan katil. Ditengah ombak nafsu tidur yang meninggi. Aku masih ingat lagi dulu, waktu zaman pengajian, ada saja yang memujuk buat aku lelap, buat aku pejam. Mata aku tak bisa dipujuk. Pasti saja akan lentok.

Malasnya nak bangun.

Manakan sama hari ini dengan hari-hari sebelum ini. Lain, sangat lain. Takkan pernah sama lagi. Kalau dulu, semua aku bisa. Nak kata mustahil, memang nustahil. Kini bukan seperti dulu. Aku masih diatas katil, enak beradu. Dibalut selimut, itu lagi sedap !

Jam beransur ke angka 12. Cepat masa berlalu. Aku selalu impikan punyai kehebatan mematikan masa, paling tidak pun memperlahankan masa, cukup sempat buat aku laksanakan segala-galanya. Dengan memejam mata, masa bisa terhenti. Objek hidup mati sejenak, objek bergerak menjadi pegun. Itu cuma angan saja. Mana pernah ada kuasa sebegitu hebat. Kalau dalam televisi ada lah. Yang dalam televisi itu pun kebanyakkannya menipu. Semuanya tipikal.

Mata dialihkan daripada merenung jam kearah bingkai gambar diatas meja. Berhabuk. Sudah sebulab tidak dijaga, dikemas. Potret seorang gadis, cantik. Azura namanya. Anak seorang usahawan negara. Tingginya separas aku, itu dulu. Tinggi aku sebulan lepas. Kini tidak lagi. Kini aku kembali pendek. Tubuh badannya ranum, montel pipinya. Rambutnya perang kemerah-merahan. Lurus, wangi dengan haruman bunga. Azura oh azura, aku rindu kau.

Andai dapat aku kembalikan sebulan yang lepas, dimana kecelakaan itu tidak berlaku. Andai aku punya kuasa memperlahankan masa, mungkin akan aku matikan seketika masa itu. Buat selamatkan keluargaku. Selamatkan kedua belah tangan dan kakiku.

Kini, aku tidak seperti dulu. Aku kembali pendek dan kecil.

0 suara balas:

Post a Comment