Tuesday, March 13, 2012

Ke-Angkasa

Malam itu, disebalik tenggelam gelap, dipertengahan usia malam, aku terapung keangkasa. Melihat gugusan bintang yang kononnya bersinar terang. Entah untuk siapa dan kenapa. Kaki tak bersusuk ku jejak ke lantai Bulan. Menderu udara malam menusuk tulang rusuk kanan.

Aku masih lagi mencari, mata masih menari memerhati sekeliling. Mana pergi tulang rusuk kiri? Hilangnya ia tepat saat aku kuakkan kelopak mata pabila deringan detik waktu menjamah terowong telinga. Hilang. Entah kemana.

Disudut paling jauh, terlihat sekelibat figur, hitam warnanya. Kadang-kadang pudar. Dekat ke arah tubuh yang semakin berat kebumi. Selang tujuh saat, kelibat deras meluru ke wajah. Bibir melekat, saling terpaut. Gelian mendatang ke leher, menuju ke cuping.

"Kirana" bisiknya.
"Tulang rusuk kiriku" sahut perlahan.

Celik, sepi tiada suara. Mendongak kelangit. Kelip-kelip mata berlagu, laju menari. Ikut irama. Perlahan senyuman terukir buat insan ternama Kirana.

0 suara balas:

Post a Comment