Monday, February 13, 2012

Pada Sebuah Titik Garisan

Titik-titik yang bersambung
Pada sebuah kertas kosong yang lusuh
Koyak, kotor dan tidak terurus
Bersambung titik itu, bersambung
Bercantum menjadi garisan
Lurus, tegak dan kemas
Lantas itu,
Bagaimana kaca mata kita melihat Tuhan?
Apa seperti titik mahupun garisan?
Atau kertas yang lusuh?
Dunia kita, cara kita
Tapi mengapa kita berperang
Mengangkat besi berpeluru
Menjerit melompat tempik
Dunia ini adil
Dunia ini akan musnah suatu masa nanti
Masa itu, burung merpati akan berhenti bernyanyi

0 suara balas:

Post a Comment