Wednesday, February 1, 2012

Kelahiran

Kota sempit berlagu perlahan
Menyaksikan merahnya matahari senja
Detik pabila sebujur bintang emas
Menitiskan titisan debu tangis
Disaat sekelumit aura berona jingga
Melahirkan segenggam suara teriak
Bintang beraura merdu dan berona warni itu
Kirana yang terlahir suci, terlahir indah
Suhu yang pantas berubah
Cuaca yang berlari kencang
Deru angin yang sepantas kilat
Kirana, kau cantik, senyummu
Kau adalah tercipta indah
Adalah terlahir riang
Ada kau adalah ada nya suka
Ada engkau pasti gembira
Kirana, engkau bintang berona jingga
Luaskan sayapmu, lebarkan senyummu
Kibarkan tari gemersikmu
Hayunkan irama bertari syahdu
Lebarkan lenggok kesumamu

Kirana, sambut daku, cintamu
Si lelaki pencemburu.

0 suara balas:

Post a Comment