Friday, December 23, 2011

Comments: (0)

Rintik-Rintik

Rintik-rintik hujan ini
Merajai bumi
Menewaskan teriknya matahari

Aku yang dingin ini
Berharap matahari kembali bangkit
Menjatuhkan rintik-rintik hujan itu
Merampas semula mahkota bumi
Menakluki jajahan kembali

Hanya satu pemenang pada satu masa
Kini ternyata rintik-rintik hujan juara, bukan lagi sang mentari

Comments: (0)

Seketika Cuma

Seketika
Mana mampu
Untuk kau lukis hati
Berbentuk tiga segi
Tanpa sisi serta bucu

Seketika
Mana sempat
Untuk kau hangatkan tubuh
Bersuhu cukup sempurna
Tanpa bisa berasa panas

Seketika
Mana cukup
Untuk aku ucap kata-kata
Berlagu berbau bunga
Lalu aku lanjutkan seketika cuma
Menjadi selama cuma
Agar selama cuma
Mampu aku habiskan
Sisa-sisa madu jiwa ini
Membelai bintang syurga

Namun selama cuma
Sama seperti seketika cuma

Comments: (0)

Tipu dan Bohong Adalah Dusta

Terik suria berkata lantang
Menutup bicara-bicara kita tentang hari semalam
Serta sedetik cuma hilang perasaan
Tenggelam pada sunyi pelangi petang

Apa bisa engkau aku tewaskan
Apa mungkin engkau aku tundukkan
Apa boleh kiranya engkau aku jatuhkan

Pada ketika itu
Aku mula belajar
Tentang penipuan
Tentang pembohongan

Pada ketika itu juga
Aku palsukan semua tentang aku kepada kau
Aku dustakan untuk kehidupan hitamku
Yang bakal mendatang

Engkau bukan taklukanku, engkau bebas semula

Comments: (0)

Semut Merah

Masa ini amat kejam
Dirobeknya tahun
Menjadi bulan
Diranapnya bulan
Menjadi minggu
Dirakusnya minggu
Menjadi hari

Hari ini
Aku berjalan sepi
Bersama semut-semut merah
Dijalanan, beratur satu-per-satu

Awan meludah kahak tepat didahiku
Amaran Tuhan buat insan kotornya aku
Lalu aku tadah tangan memohon sesuatu

Untuk apa aku tadah
Buat apa aku pohon
Jika memang tiada takdir buat aku

Comments: (0)

Gelas

Gelas yang pecah itu
Hulurkan padaku
Biar darah dalam genggaman
Seperti kisah-kisah kelmarin
Yang dicipta serta dilukis
Buat nyawa yang bodoh ini

Biarkan serpihan tajamnya gelas
Membunuh benang urat muda ini
Usah perlu teriakan kau ulangi
Tiap kali aku mati, aku pasti disisi

Kerna aku telahpun mati

Comments: (0)

Pada Tiap

Pada tiap lantun angin
Engkau jatuhkan titis-titis peluh
Lalu engkau hela nafas yang panjang

Pada tiap deru ombak
Engkau tadahkan telapak kudrat
Menanti sisa-sisa pasir bertaburan

Pada tiap dinginnya malam
Engkau paculkan suara sebak
Menemani bulan dan bintang
Mengekori dua per tiga gerhana

Pada tiap titis embum
Tentu ada suara
Pasti terlukis wajah

Pada tiap semua
Pasti ada sesuatu
Takkan pernah pudar

Comments: (0)

Nada Imbau

Sepertinya aku yang basah dalam rintik hujan
Sepertinya aku yang dingin kesejukan
Melangkah satu dua tapak kehadapan
Berbaring melihat sesak metropolitan

Mengimbau suara jeritan
Menyaksikan semula tempat kejadian
Berbisik aku keseorangan
Engkau aku rindukan

Jauh berlapis langit aku kau tinggalkan
Engkau bintang yang ke sembilan
Indah berkilau berbanding ke lapan

Engkaulah sinaran

Comments: (0)

Kispen : Angel Si Pari-Pari

"Celaka, mana aku letak sarung kepak aku ?"

Bisik perlahan suara Angel yang terpacak tegak di dalam petak bilik dan bujurnya katil. Malam ini dia ada rancangan. Seminggu sekali akan ada masa untuk Angel terbang keluar pada larutnya malam. Kesejukan pekat malam bukan suatu yang asing lagi buat Angel yang menetap di sebuah pangsapuri tujuh puluh tingkat melintang.

"Sejuknya malam ni. Nak pakai sweater ke tak nak ?"

Persoalan yang sering dijawab sendiri oleh diam mulutnya. Tak pasti sama ada betul atau tidak keputusan itu. Tak siapa pun yang faham. Hanya Angel dan hidupnya.

Malam itu Angel terbang perlahan sebaris dengan bangunan berkembar betul-betul terletak di tengah kota bandaraya. Negeri yang sangat terkenal dengan zalimnya zombi dan alimnya pontianak.

Peristiwa dua tahu lepas telah mengubah suasana putih kota itu. Yang dahulunya seri dengan gelak ketawa muda mudi zombi, kini penuh dengan sundalnya puaka ego masing-masing yang tamak dengan kuasa dan hak memimpin. Kota yang dulu hingar dengan suara laungan cinta, kini pudar dengan kata puki mencalar panji.

Sambil terbang Angel ke mesin transaksi duit, tak sah jika lagu Creep daripada Radiohead tak dipasang pada pemain musiknya. Kumpulan yang paling dia minati. Penuh dinding pangsapurinya dengan poster dan contengan gambar kumpulan itu.

"Sial, tinggal dua ratus setengah ringglo saja ? Mana cukup aku nak belanja untuk bulan depan"

Keluh Angel seorang diri dihadapan mesin itu. Dia risau tentang hidupnya yang kian sempit sejak peristiwa dua tahun lepas itu berlaku. Hidupnya tak seperti dahulu. Kini makin terkawal dan terdesak. Sedih selang sebak matanya menahan. Pasrah.

Destinasinya malam ini masih jauh. Ada banyak lorong yang perlu dia terbang dan perlu dia perhati setiap sudut. Takut-takut ada yang menyerang. Pasti habis nyawa betinanya. Mati dikokang taring zombi yang meminjam hatinya syaitan dari neraka tingkat ketujuh. Intai-intai mungkin ada pahlawan pontianak yang berada dekat dengan radius atmosferanya. Namum hampa. Dia masih perlu berjaga-jaga.

"Dushhhh"

Dari jauh kedengaran bunyi itu. Namun masih belum jelas dek pendengaran telinga Angel. Dia masih cuba menajamkan derianya. Takut-takut ada bahaya mendatang.

"Dangggg"
"Dushhhhhh"

Sekali lagi. Bunyi hentakan selang bunyi rengekan. Angel mula panik. Dia menghampiri bunyi tersebut. Dia mula terbang rendah mencari arah tuju rengekan itu. Seperti suara perempuan.

Dia tergamam. Melihat sekumpulan zombi dan seorang manusia. Anak gadis belasan tahun berbaju uniform sekolah. Berbogel telanjang dia disana. Rambut perang habis berguguran selerak diatas jalan tar. Darah banyak keluar daripada puki anak gadis itu. Terkena pada sebuah topeng berwarna merah biru. Rengekan terus dihidangkan buat deria Angel yang jauh bersembunyi disebalik bungkusan sampah. Meninggalkan tanpa membantu.

Angel meneruskan perjalanan. Meninggikan semula terbangannya ke udara. Kali ini dia betul-betul tinggi. Sama tinggi dengan skrin besar yang tergantung dibangunan pencakar langit. Siaran berita saluran 666 Ostra Owina. Sambil itu dia memesan Burger Ayam Pedas Mak Dulaks yang terletak berhampiran dengan kedai menjual DVD.

"Berita tergempar, mayat seorang lelaki yang dipercayai ditikam dengan kejam telah dijumpai di suatu lorong tadi. Mayat berpakaian warna merah biru dan terdapat logo lebah-labah pada hadapan bajunya."

Selang beberapa saat kemudian, suatu lagi berita disampaikan. Kali ini berita baik buat semua penduduk kota itu. Presiden pertubuhan gusti iaitu Vince McMahon telah dilantik suruhanjaya tinggi majlis dewa-dewa zombi dan pontianak sebagai Presiden baru negeri kota ini.

"Merdeka !"

Lebih 4000 mata-mata liar memandang satu sama lain. Mereka ada yang takut, ada yang ketawa, dan ada yang mula bertempiaran lari meninggalkan segala yang dikendong.

Darah dua tahun lepas terpercik sekali lagi, hari ini. Tepat selepas laungan "Merdeka" oleh salah seorang pontianak.

Vince McMahon masih tersenyum di layar skrin dengan taringnya yang tajam. Sambil dia menikmati segelas bir merah pekat. Dia masih lagi tersenyum. Burger ayam pedas terpijak dan sausnya meleleh disekeliling roti. Angel kini, menjadi pari-pari.

Comments: (0)

Kispen : Budak Lelaki Atheist

Dalam sebuah majlis keagamaan bebas, terdapat beberapa ketua agama bagi setiap puak. Semua mereka berkumpul bagi berkongsi segala kaedah dan pendapat tentang agama masing-masing.

Seorang pak imam menghulurkan sekeping risalah kepada pengacara majlis. Risalah itu adalah syarat utama yang perlu disertakan untuk tujuan pembelajaran.

"Wah cantik, warna putih hijau. Warna yang sangat sesuai dengan agamamu"

Kata pengacara majlis yang terlahir khunsa itu. Bertubuh cantik namun sayangnya dia mempunyai suara yang kasar. Dua personaliti yang unik untuknya.

Seorang pemuda botak berpakaian kuning tanpa memakai apa-apa sarung dikaki turut menghulurkan sekeping risalah tentang agamanya.

"Simple, unik. Padat dengan informasi, bijak anda menyusun ayat-ayat"

Datang pula seorang kanak-kanak berpakaian lusuh serta berseluar pendek sambil menghisap lolipop dimulut. Budak itu bertopi. Dibukanya topi itu. Rambutnya yang panjang disisih rapi. Perang warnanya. Dia turut menghulur sekeping risalah kepada lelaki separa perempuan itu.

"Eh, kenapa risalah ini kosong ? Adik tersalah beri kepada saya ke ?"

Jawab budak lelaki itu selamba.

"Memang begitu, kosong. Kami atheist, free thinker. Bebas"

Ketiga-tiga pak imam, sami dan pengacara majlis itu saling berpandangan. Langsung tak terkata mereka setelah mendengar kata-kata budak lelaki itu.