Thursday, October 20, 2011

Comments: (0)

Juara Kelas Satu

Juara kelas satu,
Bila-bila nanti kita pasti bertemu,
Seperti yang dulu-dulu kita janji,
Berbaring diruang separa penuh,
Berguling tanpa graviti,
Berterbangan tinggi tak berlimitasi.

Juara kelas satu,
Kenapa kau tinggalkan aku,
Jika berkesempatan, aku mahu,
Ucap selamat malam,
Buat juara kelas satu aku.

Engkau juara aku, ayah.