Sunday, September 11, 2011

Comments: (2)

Kispen : Sindrom Si Romeo

Perbualan chat antara Romeo dan Juliet. Berlaku di laman sosial Yahoo Messenger. Ia berbunyi aneh. Cuba fahamkan.

Romeo : Hai sayang
Juliet : Hai
Romeo : Awak perasan sesuatu tak ?
Juliet : Apa ?
Romeo : Awak tak perasan ?
Juliet : Apa?!
Romeo : Saya ubah warna tulisan saya
Juliet : Oh itu
Romeo : Cantik tak ?
Juliet : Ya, cantik ? Erk
Romeo : Awak ni dah kenapa ?
Juliet : Kenapa apa ?
Romeo : Awak chat dengan saya, hantar chat selalu, tapi awak tak perasan saya tukar warna tulisan saya..
Romeo : Awak dah kenapa ? Awak dah tak sayangkan saya lagi ? Macam tu ke ?
Juliet : What the fuck. Apa ni ?
Romeo : Takda apa-apa. Cuma nak tunjukkan macam mana Pre Menstrual Syndrome pada awak. Nak keluar tak esok ?

Nampak aneh, tapi itulah cara Romeo memenangi hati Juliet. Dan dia selayaknya digelar Romeo. Juliet pun sudah biasa dengan telatah aneh Romeo itu.