Thursday, August 25, 2011

Comments: (2)

Pemimpin Gagal

Cita cita anak muda
Yang terpalit dosa moyang
Berkecai atas senjata komunis
Sama koyaknya dengan panji Malaya
Menjejes titis darah perajurit, sekalipun
Takkan bisa susun atur mimpi
Takkan boleh jahit rabak panji
Manakan boleh
Bila engkau yang duduk dikerusi itu
Cuma menghitung kira imbuhan
Yang ditelan dari kantung anak rakyat
Gagal, engkau pemimpin yang gagal
Jatuhlah kebawah
Agar bisa aku pijak, kencing ke muka
Ludah ke puki ibu-ibu kamu
Biar bernanah bengkak
Agar tenang anak muda, nenek moyang

Wednesday, August 24, 2011

Comments: (0)

Kispen : Matahari Jingga (Kirana)


"Kirana, aku penat lah. Kau ni jalan laju sangat. Tahu lah kaki panjang macam zirafah"

"Bukan aku yang laju, kau tu yang lembap"

Mereka berdua berjalan menuju sebuah bukit dibelakang kampus. Bukit itu lah tempat mereka selalu menghabiskan masa berdua. Setiap hujung minggu pasti akan kesana.

Kirana yang berpakaian serba hitam duduk bersandar ditepi sebatang pokok rendang berdiri tegak dipuncak bukit itu. Sam yang baru tiba dipuncak menghembus-hembus nafas menunjukkan lelah yang tersekat disetiap lorong trakeanya.

"Eh kau tahu tak Sam, sem depan yuran kolej kita naik ?"

"Eh, ye ke ? Siapa cakap dengan kau Kirana ?"

"Kau tak tahu ? Kawan sebilik aku yang cakap. Kau ni macam kelapa dalam tempurung lah, semua benda pun tak tahu"

Sam gelak serta merta.

"Bodoh, katak dalam tempurung lah"

Kirana yang sememangnya selalu saja tersasul dalam perbualannya. Dia sering diejek-ejek oleh rakan-rakannya yang lain. Tapi Kirana tak ambil hati kerana itu merupakan perkara yang unik baginya. Tak pernah sekali Sam mengajuk gaya cakap Kirana apabila dia tersasul. Sam cuma menegur dengan gayanya yang kasar itu.

"Eh cantik panda yang kau sangkut kat handphone kau tu Sam"

"Mestilah cantik, kau juga yang bagi"

"Kau suka tak panda tu ?"

"Suka gila, comel macam muka kau, nasib baik kau bukan hitam putih. Kalau tak dah serupa dah aku tengok"

"Celaka kau Sam, aku manusia, panda tu bintang"

Sam terbahak-bahak tak tertahan gelak mendengar rangkap akhir Kirana. Sambil memegang perutnya, dia menegur.

"Panda tu binatang, bukan bintang. Bongok"

"Alaa kau, silap sikit je nak attack aku. Macam tak biasa pulak kau ni"

Mereka berdua ketawa tak henti-henti. Inilah rutin mingguan mereka. Bertemankan sebatang pokok, mereka bebas bercerita apa saja.

"Kau tahu tak, sebab tu aku sayang kau Kirana. Kau ni lucu"

"Hahaha, yelah tu Sam"

"Ya lah, aku sayang kau sampai aku mati. Tahu kenapa ?"

"Sampai kau mati ? Kenapa ?"

"Sebab, kalau aku sayang kau sampai kau mati, nanti aku sayang orang lain. Hahaha"

"Celaka kau Sam"

Sam cuma mampu ketawa dan terus ketawa. Inilah masanya dia melepaskan segala tekanan sewaktu belajar berhari-hari. Inilah tempat yang bebas baginya melakukan perkara yang selalu dia inginkan bersama Kirana, hatinya.

"Ah, aku nak terkencing, ketawa banyak sangat. Tak tahan dah ni"

"Baik kau kencing kat belakang semak tu. Kalau tak nanti kau boleh dapat batu kaang kang"

"Hahahaha. Batu karang lah ! Batu kaang kang kau ! Hahaha"

"Tersasul lah, sikit pun nak kecoh, macam pondan lah kau Sam"

"Dah jom balik, kau belanja aiskrim kan ? Hehehe, sayang kau Kirana"

Laju langkah mereka menapak turun dari bukit yang tinggi melangit itu. Perjalanan pulang kali ini sangat bermakna bagi Sam dan Kirana. Hari minggu adalah hari bulan madu yang terunggul bagi mereka.

"Tengok panda tu kejap Sam"

"Nak? Kejar aku dulu"

Berkejaran dua anak muda pertengahan usia itu ditepi-tepi jalan. Sambil matahari jingga cuba melarikan diri memberi izin cahaya terang bulan mahupun gemerlapan bintang menggantikannya.

Comments: (2)

Kau Manusia, Bukan Binatang


Kau terlahirnya binatang

Tapi
Kau bukan binatang

Kau tak terlahir manusia

Namun
Kau manusia

RIP Ahboy
Rabu, 24 Ogos 2011

Comments: (5)

Kispen : Zombi


"Compact semi-automatic ada ?"

"Model apa nak ?"

"Browning 9 x 19 mm Hi Power, ada ?"

Dicari setiap sudut laci oleh pekedai itu. Dia mula memulakan perniagaannya lewat tahun lepas. Pada mulanya, dia hanya pekedai runcit, namun akibat pengaruh facebook dan twitter yang semakin hari semakin kuat, Arman mula menjual senjata tangan berkuasa rendah melalui laman sosial facebooknya. Dan kini dia sudah mampu membuka sebuah butik senjata tangannya sendiri iaitu "Arman Exchange".

"Stock habis lah bro"

"Cibai lah semua kedai pun nak habis, penat aku cari"

Stephen Cheng yang berbangsa cina separuh bangla itu memaki kencang apabila hajatnya untuk memiliki Browning semi-auto handgun terbantut.

Dia keluar daripada butik Arman Exchange dan terlihat sekumpulan makhluk yang hodoh mukanya. Jarak mereka lebih kurang 50 meter. Cheng tergamam seketika. Dia mula berpeluh. Lelaki yang hanya biasa meludahkan air liurnya kini mula menelan salivanya itu perlahan-lahan.

"Gulppp"

"What the heck, zombi ?"

Laju langkah Cheng berlari meninggalkan keparat zombi-zombi yang hanya disangka wujud dalam fantasi televisi mahupun filem sahaja. Tak dihiraukan segala-gala, selagi masih dapat berlari, sudah pasti akan Cheng lakukan.

"Gila, ini gila. Zombi. Macam mana boleh ada ?"

Berhenti Cheng selepas terlihat sebuah elarti yang kosong tak berpenghuni. Lalu dia pantas masuk kedalam elarti tersebut dan menutup pintu menggunakan semampu tenaganya.

"Hahaha, mati kau zombi. Ready ?"

Tersenyum riak wajah Cheng sambil memandu elarti itu melaju merempuh seumat ramainya zombi dihadapan. Lumat berkecai otak zombi-zombi itu berderai pecah dek rempuhan itu. Cheng teruskan dengan senyuman yang masih terselit sisa risau dan gusar dia wajahnya.

"Mati kau mati"

Elarti itu dipandu Cheng kerumahnya yang terletak di Celtic, tengah-tengah kotaraya Buddhapest Barat. Cheng pastu memulas steering elarti itu untuk diletakkan di garaj rumah. Kemas letakan Cheng yang juga sebagai pemandu bas Rapidless Celtic itu.

"Mak, harini mak masak apa ? Lapar lah"

Jeritan Cheng itu memecahkan suasana hening rumahnya. Ibunya berada didapur dan tidak menjawab jeritan anak tunggalnya itu. Cheng bergegas ke dapur untuk melihat menu masakan ibunya tengah hari itu.

"Mak, mak masak apa ? Cheng lapar lah mak, penat sangat harini"

Ibunya masih lagi menundukkan kepalanya ke singki tanpa sebarang jawapan. Cheng mula hairan dengan sikap ibunya. Tapi dia masih tidak menunjukkan kerisauannya kerana dia sudah terlalu penat. Di fikirannya kini cuma terlintas makanan untuk disantap.

"Otak.. otak.."

Ibunya bersuara garang. Cheng tersenyum mendengar kata ibunya itu. Dia memang seorang yang gemarkan otak-otak sejak dari kecil lagi. Cheng mencari-cari otak-otak yang dimaksudkan ibunya itu didalam tudung saji berbentuk bulat diatas meja. Namun hampa, tidak ada kelibat otak-otak dilihatnya.

"Sial, kau pun zombi juga mak ?"

Cheng terkejut pabila ibunya menghampiri rapat dirinya, lalu dibahamnya Cheng dengan ghairahnya. Terpercik sana sini darah merah pekat Cheng.

Comments: (2)

Nota : Motor


Telatah bangang kakak aku. Zaza nama timangan buncit dia.

Aku : Hoy, Harvey Norman tu jual apa ek ?
Zaza : Jual moto.

Sambil aku teringat omongan Zahiril Adzim si penulis buku Bogel Menuju Tuhan di ruangan twitter yang memaki tentang barang yang dibelinya rosak.

Tiba-tiba aku.

Aku : Bukan Harley Davidson ke ?
Zaza : Eh.

Zaza terus memandu Perodua Myvi peraknya keluar daripada simpang.

Monday, August 22, 2011

Comments: (0)

Kispen : Sejarah

"Buka mukasurat 74 semua"

Ujar Daisy Rani kepada pelajar kelas 4 Dinamik. Daisy Rani atau lebi popular dengan nama Cikgu Dezi, merupakan salah seorang guru mata pelajaran sejarah di Sekolah Wira Bakti. Sekolah yang dikategorikan sebagai sebuah sekolah contoh dimana peratusan pelajarnya yang cemerlang dalam semua jenis peperiksaan hampir mencapai 80 peratus.

"Zaid, apa maksud kemerdekaan ?"

Soal Cikgu Dezi kepada seorang pelajarnya yang berambut ikal itu. Zaid adalah seorang murid yang sangat malas mendengar segala ilmu yang diajar oleh guru-gurunya. Dia juga malas membuat segala kerja rumahnya apabila disuruh buat. Tapi yang peliknya, setiap kali ujian atau peperiksaan, dia selalu mendapat markah yang tinggi berbanding rakan-rakannya yang lain.

"Saya, cikgu ?"

Sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke dadanya, dia bertanya. Cikgu Dezi yang memang mahukan jawapan dari mulut Zaid, mengangguk setuju.

"Ya, awak Zaid"

Zaid bingkas berdiri daripada kerusinya apabila pasti namanya dipanggil oleh Cikgu Dezi. Tanpa mengangkat buku teks pinjamannya itu, dia langsung diam. Tak terpancul keluar darinya sepatah kata-kata, malah jawapan.

"Merdeka.. Bebas bagi kita untuk buat apa yang kita suka"

Jawapan spontan Zaid setelah hampir seminit berdiri tanpa apa-apa kata. Cikgu Dezi berang. Mukanya merah mendengar jawapan Zaid yang agak biadap baginya. Zaid diam. Kawan-kawannya mula ketawa kecil dengan jawapan yang Zaid berikan. Semua berbisik-bisik sambil menahan geli hati.

"Awak ni Zaid, macam mana nak jawab exam nanti ? Nak gagal ke ?"

Perli Cikgu Dezi pada Zaid yang semakin tunduk. Punggungnya masih lagi belum terlekat pada kerusi. Dia masih tercegat setia mendengar omongan Cikgu Dezi.

"Kenapa diam ? Jawab, saya tanya ni"

Herdik Cikgu Dezi dengan lantang. Kali ini dia benar-benar berang tak tertahan lagi. Kerana setiap kali disoal, Zaid tidak pernah memberikan jawapan seperti yang dikehendaki.

"Saya belajar sejarah bukan sebab nak lulus exam cikgu. Saya nak faham sejarah betul-betul. Saya tak pernah faham apa yang cikgu ajar, berbelit-belit"

Jawab Zaid spontan sekali lagi sambil membelek-belek tali leher yang tidak ditarik tinggi di lehernya itu. Lalu dia segera melabuhkan punggung. Kali ini teman-temannya terbahak-bahak tak tertahan rasa geli hati dengan jawapan Zaid. Bising seluruh suasana kelas tak terkawal. Sehinggakan guru kelas sebelah datang menenangkan keadaan. Cikgu Dezi cepat-cepat keluar daripada kelas. Dia terpukul dengan jawapan itu. Dia sangat malu.


Sunday, August 21, 2011

Comments: (2)

Andai Esok Matahari Pecah


Andai esok
Selepas hembus nafas
Waktu itu malaikat singgah
Khabar utusan dari syurga, apa neraka
Berbisik sheitan bertubuh binatang
Mengusap ubun-ubun
Senyum bertaring
Merah darah
Hitam

Andai esok matahari pecah
Izin aku meludah langit
Menjilat tanah melibas angin
Meronta sempit pada setiap hujung penjuru

Detik itu, angin adalah aku
Samada kekanan syurga
Atau kekiri neraka
Atau hilang sekelip mata