Saturday, August 20, 2011

Comments: (0)

Simpang

Lampu hijau yang tadinya megah berdiri bertukar daripada kuning menjadi merah. Lampu isyarat yang terpacak di tengah-tengah ibukota Johor Bahru itu sudah empat tahun berdiri di situ. Tak pernah sekali ia mengeluh panas merungut sejuk dikala malam mampir menjengah bersama angin dingin sepoi-sepoi.

Pantas injak brek ditekan Farid apabila menyedari yang dia takkan sempat melepas garisan putih yang selari dengan tiang lampu isyarat itu. Dia mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaan yang dipandunya. Kereta mewah miliknya itu didaftar atas nama isterinya kerana dia sudah pun memiliki dua biji kereta sport dan satu kereta antik. Farid memang gemarkan kereta. Kadang-kadang waktu hari minggu, dia akan keluar bersiar-siar memandu kereta sportnya itu. Untuk ke tempat kerja, cukuplah buat dirinya memandu hanya kereta BMW 5 series berwarna hitam itu. Selesa dan boleh sampai ke tempat kerjanya pun sudah memadai.

Hari ini Farid terpaksa pulang awal kerana isterinya baru sahaja menelefonnya mengatakan badannya rasa tidak selesa. Maklumlah berbadan dua. Kalau ada rezeki, lahir anak ini merupakan anak sulung bagi mereka. Maria isteri yang baik dan taat pada kata suaminya. Dia mula berkenalan sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Farid merupakan pelajar yang berpindah daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada waktu dia berada di tingkatan lima. Keluarga Farid berpindah atas urusan kerja ayahnya bagi memastikan keadaan syarikat benar-benar kukuh di cawangan barunya.

Seorang penunggang motosikal RX-Z berwarna putih perlahan memberhentikan motosikalnya bersebelahan dengan kereta Farid. Penunggang itu menolak visor helmetnya dan terus mengetuk cermin kereta Farid yang ber-tinted itu. Lantas Farid meraba-raba bahagian pintu sebelah kanannya untuk mencari butang yang dapat dia tekan bagi menurunkan cermin sisinya itu. Mulut lelaki itu berkumat-kamit seperti sedang mengatakan sesuatu. Tapi Farid kurang dengar akibat bunyi lagu yang kedengaran kuat terpasang di radionya.

Lagu daripada CD Projek Kesian oleh Fynn Jamal itu benar-benar mengganggu perbualan Farid dan lelaki itu. CD itu Farid beli secara online kerana isterinya itu sangat menggemari Fynn Jamal. Dicapainya butang off pada radio dan serta merta bunyi lagu itu hilang.

"Bro, lu apa pasal follow gua ?"

Farid yang tidak tahu apa apa tentang apa yang dicakapkan oleh lelaki berambut panjang itu terus membuat muka dengan hasrat agar lelaki itu memahami gaya mukanya yang ingin mengatakan bahawa dia tidak memahami lelaki itu.

"Eh lu ni bro, bikin gua panas je. Elak depan simpang tu kepala lu pecah je tengah jalan"

Berang benar lelaki itu terhadap Farid. Entah apa silap Farid pada lelaki itu sampai kasar sungguh bahasa yang dikeluarkan olehnya. Farid sekali lagi tidak mengerti dengan tindakan lelaki yang tidak diketahui langsung namanya itu. Dia benar-benar tidak faham.

"Eh lu sial lah bro, lu tunggu gua kat depan sana tu"

Lelaki itu mengajak Farid berhenti dan turun dari kenderaan masing-masing apabila sampai di simpang hadapan sana. Farid masih lagi terpinga-pinga tentang apa yang sebenarnya tekah berlaku menyebabkan lelaki itu benar-benar marah. Dengan keadaan isterinya yang memerlukan dirinya dengan kadar segera, dia masih ragu-ragu sama ada hendak mengikuti kata lelaki bermotosikal itu atau kata isterinya itu.

Belum sempat lampu merah itu bertukar hijau, lelaki itu memecut laju melepasi garisan putih yang tadinya tak dia lepasi. Bising bunyi ekzosnya memecah segala bunyi yang ada disekeliling. Farid masih lagi melihat gelagat lelaki itu. Masih tidak faham.

"Dangggg !"

Sebuah lori yang entah dari mana datangnya singgah merempuh motosikal yang dibonceng lelaki tadi. Terjatuh lalu terseret dia dibawah celahan tayar lori itu. Jauh juga seretan itu kerana lori itu benar-benar laju pada waktu pelanggaran tadi. Jarak waktu yang perlu diambil haruslah lama bagi memberhentikan kenderaan, lebih-lebih lagi kenderaan berat. Sebuah lori angkat barang. Farid yang daripada tadi tidak mengalihkan pandangannya tepat pada lelaki itu terus tergamam. Dia terkejut. Bunyi dentuman tadi sangat kuat. Pucat muka Farid. Pecah bersepai kepala lelaki itu dihentam kuat lori itu. Motosikalnya remuk teruk sama seperti tuannya.

Lampu merah bertukar, hijau. Farid tersentak. Dia teruskan memandu sambil biji matanya masih lagi merenung pada motosikal itu. Dia terkejut. Dia sedar yang dia perlu segera pulang untuk bertemu isterinya untuk dibawa ke klinik yang berdekatan. Farid berpeluh. Dia cuba tenangkan dirinya.


Friday, August 19, 2011

Comments: (0)

Dayang Kayangan

Dingin api membeku hangat
Busuk bunga menjijik tekak
Gelap lampu membuta deria
Bising lagu memekakkan cuping
Dingin, busuk, gelap, bising
Indahpula kalau-kalau
Prosa dongeng
Bertukar antonimnya

Bait-bait tinta yang pernah tumpah
Sepurnama lengkap sezaman lamanya
Mekar membusuk mekar layuan dipusara
Dewa pujangga segenap penglipurlara
Kuntum tertanam ditaman itu
Milik tuanku?

Thursday, August 18, 2011

Comments: (2)

Nota : Kayu Dua


E : Dia ni nak main kayu dua tak reti.
X : Bodoh. Ada hati nak kayu tiga.
E : Eh, kayu tiga.
X : Bodoh.
E : Siapa?
X : Kita.

*Kedua kami serentak taip ; HAHAHA*

via Facebook

Comments: (0)

Agustus Dua Nol Sepasang Satu

Angin
Kirimkan
Khabarnya
Kirana sang dewi
Sepurnama lama itu
Khabarkan padanya
Aku tewas
Pertempuran
Yang korbankan jiwa
Ramainya
Cukup ramai
Angin
Hembuskan
Nafas terakhir ini
Buat kirana sang dewi
Pada tanggal delapan belas
Agustus dua nol sepasang satu

Comments: (0)

Nota : 8 Belas


Selamat
Hari
Lapan
Belas

Sekali lagi
Aku, kau, kita

Wednesday, August 17, 2011

Comments: (0)

Kispen : Bunga Api

"Man, jangan lah amek aku punya. Kau kan ada, guna lah kau punya sendiri."

Lantang suara Amin menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada rakan karib sekampungnya itu. Inilah rutin tiap malam mereka pada waktu begini. Orang sibuk ke masjid solat terawih, mereka pula sibuk membakar bunga api. Mereka selalunya main bertiga. Seorang lagi Borhan. Tapi kebiasaannya Borhan akan sertai mereka setelah dia habis menunaikan solat terawih lapan rakaat. Tapi malam ini dia terlewat sedikit. Mungkin pulang kerumah dahulu agaknya.

"Mana si Borhan ni Man ? Dia tak ada rumah ke ?"

Tanya Amin yang risaukan temannya itu. Bukan risaukan apa, dia cuma risaukan terlewat pulang kerumah sebelum ibubapanya selesai solat terawih. Ibubapanya sangat pantang melihat Amin pulang lewat malam kerana terlalu asyik bermain dengan teman-temannya yang lain.

"Haaa, datang pun kau Borhan. Aku ingatkan kau tak datang."

"Entah, aku baru nak habiskan semua bunga api ni, kecoh lah kau ni"

Sampuk Man ketika mencelah perbahasan Amin dengan Borhan. Mereka bertiga meneruskan aktiviti mereka itu. Berlari-lari kedua Amin dan Man berkejaran, namun Borhan masih saja berdiri di tempat yang sama. Sambil dia memegang sebatang bunga api yang terbakar hujungnya.

"Baju apa kau pakai ni Borhan ? Tak pernah aku nampak kau pakai. Putih pulak tu"

Terkeluar pertanyaan itu dari mulut Man yang sememang kuat bertanya orangnya. Di sekolah, Man terkenal dengan sifat peramahnya yang tidak takut apabila berjumpa dengan orang asing. Dia akan berlagak seperti sudah lama mengenali orang itu. Dia sangat peramah dan juga terlebih peramah. Sehinggakan dia digelar dengan nama Man Kepoh di sekolahnya.

"Nahh"

Borhan menghulurkan lebihan bunga api kepada temannya, Man. Lantas Borhan terus berjalan pulang tanpa bicara sepatah pun. Mereka berdua saling berpandangan. Membuat reaksi muka yang seakan sama, tanda tidak tahu terhadap perangai Borhan malam itu.

"Aku nak balik lah Man. Nanti mak aku mengamuk lagi. Jumpa esok ya"

"Bye Amin, jumpa esok. Bawak bunga api banyak-banyak tau !"

Sempat Man bergurau dengan temannya itu sambil tersenyum. Dilihatnya pula kelibat Borhan dari celah pokok mangga tepi rumahnya. Kali ini Borhan berbaju merah kesukaannya itu. Berlari-lari kearah Man dengan beberapa bunga api ditangannya. Bisu mulut Man. Tak terkata.

"Kau ni Borhan, balik nak tukar baju je ke ? Buat habis peluh kau je"

Borhan terpinga-pinga memikirkan apa yang sedang dibahaskan temannya itu. Nafasnya masih lagi tersekat akibat paru-paru ketat semasa berlari kencang tadi. Putus-putus suara Borhan membalas.

"Ma..ma mana aa ada. Aku ba..ba baru sssam pai lahh"

Pucat muka Man mendengar jawapan yang tak pernah disangka akan keluar sebegitu dari mulut Borhan. Kali ini dia betul-betul menggigil dari atas hingga kebawah. Terasa air kencingnya mula jatuh membasahi seluruh lantai. Borhan yang melihat hanya mampu tertawa dengan gelagat spontan Man.

"Kau ni pun, kalau tak tahan, pergi lah kencing dulu. Hahaha."

Comments: (0)

Kispen : Kapal Pak Mail

Petang ini hujan lagi. Merungut Pija yang sememangnya gemar menghadap komputer ribanya. Model keluaran negara penjajah, Jepun. Itu kisah lama nenek moyang kita. Berwarna putih kemerah-merahan komputer riba Pija. Tapi hari ini hujan lagi seperti hari-hari sebelumnya. Pija keluh panjang.

"Hujan hujan hujan, hari-hari pun nak hujan. Pelik betul aku"

Hari itu Pija tinggal seorang dirumah. Ibu dan kakaknya keluar sejak pagi tadi. Katanya ada urusan yang hendak diselesaikan. Tapi Pija tahu yang sebenarnya mereka cuma keluar ke kompleks membeli belah. Rutin mingguan mereka. Pija mula bosan. Diintainya celah jendela merah jambu yang terpasang di sekeliling rumahnya. Matanya meliar. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Eh ada kapal."

Tak pernah jalanraya didepan rumahnya itu dilalui oleh kenderaan berat lain seperti lori, trak mahupun trailer. Tapi kali ini cukup menarik mata Pija untuk menatap sebuah sosok kapal laut yang kelihat dari situ agak besar. Teruja penglihatannya tatkala dimasa dia perlukan sesuatu untuk dicakapkan atau dibuatkan.

"Kan best kalau dia singgah kejap rumah aku, tapi kenapa mesti rumah Pak Mail ?"

Rungutan berselang rungutan hanya timbul dibibir tebal Pija itu. Dari awal turunnya hujan sehinggakan detik ini dia tak henti dengan seribu satu rungutan. Ada saja yang dia tidak puas hati. Dibukanya jendela untuk melihat dengan lebih jelas.

"Hai Pija, nak tolong cucikan kapal-kapal ikan dalam akuarium Pak Mail ke ?"

Gelak lelaki tua itu sebaik saja Pija membuka ruang jendela rumahnya. Tersentap nyawa Pija waktu itu.

Comments: (3)

Si Akustik

Layar kaca itu
Tempat bersuanya kita
Engkau dengan si akustik
Terbuat dari sang kayu
Molek si rupa, indah lagi warna
Dentingannya
Bikin jiwa lena
Dalam beradu, dalam buaian
Mimpi indah berlagu

Walau cuma sepetik
Cukup buat aku
Tidur bagai ada dalam perahu
Ombak lirik lirik
Indah mainan mu
Nota kisah cinta
Kiasan dek kalbu
Seru dingin tertusuk pilu

Walau dilayar kaca itu
Tetap masih aku menunggu
Dari dahulu
Waktu kau kecik dulu
Masa pantas memecut laju
Cemburu
Aku ingin lelap dahulu
Tunggu aku
Dalam lena mu

Comments: (10)

Nota : Batu Kaang Kang


Kirana kembali lagi. Dengan reaksi typo paling cun dalam dunia.

Aku : Leganya kencing.
Kirana : Tahan, tahan. Batu kaang kang.
Aku : Hahaha.
Kirana : Batu karang. Typo. Babi.
Aku : Kaang kang.

Nota : Batu kaang kang adalah sejenis penyakit yang saja diketahui asal-usulnya oleh salah seorang pelajar sains komputer bidang komputer grafik. Punca penyakit ini masih dikaji oleh Dr. Kirana.

Yang comel,
Jururawat X

Tuesday, August 16, 2011

Comments: (11)

Putri Facebook/Twitter

Di ruang kotak segi empat itu terlihat seorang susuk tubuh yang mengancam. Potongan badan ala ala Maria Ozawa aktres terkenal wilayah terbit matahari yang juga pernah menjadi wilayah penakluk tanahnya sang Putri itu. Ayahanda sang Putri adalah sang Raja yang punya kawasan ini.

Rutin harian sang Putri yang sering menelan perbelanjaan bil elektrik dan bil streamix istananya kerana sang Putri gemar untuk bersosial bersama rakan- rakan facebook dan twitternya. Menjadi kebiasaan bagi kerabat diraja untuk mempunyai teman hidup apabila menjelang umur 22 tahun. Namun bagi sang Putri, ia adalah perkara yang amat sukar untuk dipenuhi olehnya.

Raja Gopal begitu gelisah melihat puteri baginda yang jarang keluar daripada kamarnya. Masa yang ada dihabiskan dengan menghadap komputer riba iMac keluaran Apple yang tidak begitu bagus daripada spesifikasinya. Update status dan tweet adalah santapan siang dan malamnya. Tiada rutin harian yang kebih enak dilakukan lagi bagunya menjelang umur itu. Niatnya adalah untuk mencari jejaka yang dapat memikat hatinya seterusnya menjadi teman sehidupnya selepas itu.

Sang Raja cuba memujuk sang Putri untuk keluar daripada kamarnya yang sudah mula berbau kurang enak. Menusuk-nusuk liang tekak sang Raja bagai mahu memuntahkan segala jenis santapan yang baru dia makan sebentar tadi. Sambil memasukkan jari telunjuknya ke dalam hidungnya, sang Raja memujuk.

"Putri, marilah kiranya kita berdua bersiar-siar ditaman sebelah istana. Ayahanda teringin memetik sekuntum bunga buat bonda mu sempena hari lahir nya keesokan harinya"

Putri mengeluh dan mengatakan yang dia tidak mahu keluar daripada kamarnya. Dia masih tidak puas bermain facebook dan twitter. Rakan-rakan sosialnya pada mula komen status facebooknya. Tetapi memandangkan esok merupakan hari lahir bondanya, sang Putri bersetuju untuk keluar bersama ayahandanya ke taman.

"Okay lah daddy, i'm coming with you"

Riak muka sang Raja amatlah gembira kerana helahnya kali ini berjaya. Helah hari jadi bondanya adalah alasan yang sangat kuat buat Putri untuk tidak menolak pelawaan ayahandanya itu.

Seekor kuda telahpun disiapkan diluar istana. Kuda yang berkuasa eletrik itu baru dibeli melalui online di laman web mudah dot my dengan harga 4 juta darham. Duit bukanlah perkara yang sulit bagi mereka kerana harta mereka tidak akan habis selama 30 generasi. Dan mereka adalah generasi yang ke 14. Masih banyak yang boleh dihabiskan mereka.

Kuda itu mula meluncur laju sambil memutarkan lagu-lagu kegemaran sang Putri. Kuda itu bijak meneka lagu kesukaan Putri mebuatkan dia tersenyum sambil menyanyikan potongan-potongan lirik yang terpancul keluar daripada mulut si kuda itu. Riang suasana ketika itu.

Sang Raja yang memandu kuda itu menoleh kebelakang setelah tidak lagi dia mendengar suara puterinya yang tadinya riang menyanyi. Alangkah terkejutnya dia pabila melihat sang Putri telah pun tersangkut pada celahan pohon kaktus dan mula terjatuh di lereng-lereng bukit yang tingginya ibarat gunung Penguin di wilayah Pingu. Sangat tinggi dan jauh sang Putri terjatuh.

"Im flyingg, oh yeahhh daddy, i like it, oh yeahhh"

Sang Raja terus mencapai iPhone nya untuk menelefon pengawal yang berada di istana. Dia mahu mendapatkan trampolin dibawah jurang itu secepat mungkin bagi menyelamatkan puterinya itu. Selepas itu, dia membuat satu lagi panggilan dengan seseorang yang tidak dikenali.

Sang Putri itu masih tergolek-golek menjerit keriangan di tepi-tepi jurang yang tinggi. Seorang penyihir menangkap tangan sang Putri dan menaikkannya keatas penyapu terbangnya. Penyapu terbang yang berkuasa diesel itu nampak buruk tetapi masih lagi mampu untuk terbang dan menampung dua orang diatasnya. Sang Putri terkejut dengan kejadian ini lebih daripada terkejutnya dia akibat jatuh di lereng bukit tadi.

"Siapa awak ?"

Ahli sihir itu masih fokus memandu sapu terbang. Dia melewati langit-langit dan singgah diatas sebuah awan berwarna jingga.

"Saya Harry, Harry Potluck"

Sang Putri terpikat dengan ahli sihir itu yang mempunya rambut yang lurus dan matanya berwarna kelabu. Tersenyum-senyum sang Putri melihat wajah ahli sihir itu. Malu mula terbit di wajah ahli sihir itu yang berpakaian comot dan compang-camping.

"Sudikah awak menjadi putera raja saya ?"

Ahli sihir terkejut. Dia senyum dan mula ketawa kecil. Lalu dia membalas.

"Jangan bergurau tuan puteri"

Ahli sihir itu masih lagi gelak tak tertahan dengan kata-kata tua puteri itu.

"I'm serious okay"

Tuan Putri benar-benar mahukan ahli sihir itu menjadi teman sehidup sematinya kerana selama ini belum pernah ada orang yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri hanya untuk menyelamatkan nyawanya dibunuh oleh lerengan bukit itu.

"Tuan puteri, saya ni Harry, pengawal istana tuan puteri, saya sudah beristeri, anak pun sudah ada tiga"

Kali ini Harry tidak tahan dengan kata-kata tuan puteri yang ingin melamarnya untuk dijadikan putera raja. Jeff bukanlah seorang ahli sihir. Penyapu itu diubahsuai menjadi penyapu automatik yang menggunakan kuasa diesel. Dia cuma pengawal istana sahaja.

Sang Putri masuk ke kamarnya lalu dikunci kembali pintu. Malu riak muka Putri dengan orang-orang istana yang lain, kerana terdapat CCTV di awan jingga yang mereka singgah tadi. Seluruh warga istana menonton secara langsung adegan lamaran sang Putri itu tadi.

Sang Raja yang diluar itu berlari-lari sambil ketawa selepas melihat puterinya itu mengunci pintunya daripada dalam. Jeratnya kali ini menjadi, bermula dengan helah yang solid, kemudian lakonan yang menarik bertaraf antarabangsa layaknya, seterusnya tambahan yang mantap oleh si pengawal istana yang menurut kata itu. Sang Putri tertewas oleh jerat yang dipasang oleh ayahandanya sendiri.

"Damn you @Harry Potluck" via Android
"@HarryPotluck damn you security guard! " via Tweetdeck

Raja Gopal, Harry Potluck and 1,492 people like this.
"Thumbs up girl :P RT @HarryPotluck damn you security guard! " via Tweetdeck


Comments: (13)

Nota : Teka-Teki


Aku terkena oleh anak saudara aku yang esok harinya ada trial PMR. Tapi dia lepak berbual dengan aku macam esok raya. Sial sungguh.

Kakak ipar : Cuba tanya dia soalan tu.
Anak saudara : Siapa bapak transformers ?
Aku : Erk.
Kakak ipar : Kalau kau dapat jawab, RM1oo atas meja tu kau punya.
Aku : OMG OMG.
Anak saudara : Dapat ke tak jawab ?
Kakak ipar : Entah, belajar tinggi-tinggi takkan soalan halus pun tak dapat jawab.
Aku : Erk. Tak dapat.

Anak saudara & Kakak ipar : Transparent !
Mak : Transparent tu apa ?

*Semua kami gelakkan mak*

RM100 tetap aku punya, Terima kasih kakak ipar, aku sayang kau !


Comments: (0)

Balang Kaca

Semalam yang dulu dulu
Yang pernah aku suka
Aku simpan
Ia dalam balang kaca
Tanpa tahu waras akalnya
Aku asing-asingkan ikut kata
Bukan ikut siapa-siapa

Hari yang semalam
Balang-balang kaca itu
Aku terlanggar, tanpa sengaja
Jatuh berderai
Musnah pecah, luarnya
Dalamnya
Masih indah megah
Tak tersentuh, malah
Ia bercahaya
Tatkala aku cuba sentuh pegang
Aku ketawa

Monday, August 15, 2011

Comments: (5)

Nota : Panda Itu Bintang


Kirana membodohkan diri lagi
Kali ini kali ke sejuta, sekali lagi

Kirana : Suka tak itu panda ?
Aku : Suka
Kirana : Yeayy! Nanti saya post
Aku : Panda itu Nazrul (Memang nama sebenar). Pundek.
Kirana : Panda itu bintang.
Aku : Bintang ?
Kirana : Binatang

Kami gelak. Tamat.

via Skype


Comments: (0)

Rindu Infiniti (Adaptasi)

Bulan
Sinar terang infinitimu
Bikin bintang berkerlip terang
Berselerak cantik
Menari-nari statik
Graviti cinta berputik

Imaginasi
Yang tanpa limitasi
Mengimbau seluruh memori
Gelebeh gulana yang tak ku estimasi
Berlari kencang tepat atas hati
Ertinya melangit tinggi

Melodi baru
Indah ku melagu
Buatmu yang jauh disitu
Bila lagi kita kan bertemu?
Aku, kau, kita yang satu
Mungkin cuma dipenghujung waktu

Gelebeh gulana yang tak ku estimasi
Berlari kencang tepat atas hati
Ertinya melangit tinggi
Sampai akhir nanti
Bila aku mati

Adaptasi Rindu
Oleh Dian Hazwani


Comments: (1)

Dunia Tanpa Matahari

Dunia tanpa matahari
Ibarat mulut tanpa gigi
Tak terkunyah
Tak tergigit
Tak tertelan
Tak terkenyang

Dunia tanpa matahari
Umpama tangan tanpa jari
Tak tercapai
Tak tersentuh
Tak terpegang
Tak terasa

Dunia tanpa matahari
Seperti aku tanpa bidadari
Ibarat aku tanpa kau
Tak bernafas
Tak ada tak yang lain
Cuma tak bernafas
Mati, bukan separa, malah
Seluruh

Comments: (0)

Nota : Jarak

Lepas kata kerja baru boleh rapat
Kalau tak, jarakkan

via Facebook

Comments: (0)

Kispen : Ramadhan Pertama

Menjeling mata Saiful tepat kearah kakaknya Sofie apabila masing-masing terlihat bungkusan plastik yang dibawa pulang oleh abang mereka, Sufian. Initial nama yang lebih kurang sama itu adalah idea ibu mereka yang turut berinitial huruf S dihadapan, Sufiah. Tujuan sebenar ibu mereka memberi nama yang diawali huruf yang sama adalah untuk memudahkan sesiapa yang mahu memanggil nama mereka. Alasan yang dapat diterima pada zaman pasca moden sebegini.

Disudut paling hujung kelihatan Alia, isteri merangkap rusuk kiri Sufian yang sedang mendukung rapat cahaya mata sulung mereka bernama Sarah. Budak perempuan kecil yang sangat pintar akalnya. Ada sahaja helahnya untuk mendapatkan sesuatu yang ingin dimiliki.

Petak meja itu penuh dengan pelbagai jenis makanan. Ada yang dimasak sendiri oleh pembantu rumah mereka. Bibik Tuty sudah dua tahun berkerja bersama keluarga mereka sejak Saiful baru menjejakkan kaki ke sekolah menengah lagi. Dia lah yang selama ini menjaga dua beradik kecil itu yang sangat degil lagi nakal. Mereka sangat rapat. Lumrah lah jika sudah terlalu rapat, pasti ada pertelingkahan sesama sendiri. Tapi setiap kali mereka bertekak, ada saja Bik Tuty untuk mendamaikan mereka.

"Apa tu bang ?"

Tegur Saiful kepada abangnya yang baru saja pulang dari tempat kerjanya.

"Ayam golek je dik"

Jawab Saiful pantas yang sudah agak adiknya akan bertanyakan soalan. Saiful tersenyum. Dia memandang kakaknya, saling berbalas senyum. Dua anak itu memang sukakan ayam, kalau diberi ikan, tak akan disentuh langsung mereka. Sejak kecil memang mereka berdua gilakan ayam. Lagi-lagi ayam golek tepi simpang rumahnya itu. Kegemaran.

"Eh dah azan lah. Mak, nak kurma"

Minta si Saiful kepada ibunya.

Ibunya menghulurkan sekotak kurma kepada anak bongsunya daripada arwah suaminya yang baru sebulan pergi meninggalkan mereka akibat serangan sakit jantung. Ini ramadhan pertama mereka tanpa Abas, lelaki juara kelas satu. Sampai mati tetap duduk paling atas dalam hati mereka.

"Atok ! Atok !"

Mata-mata memandang kearah Sarah yang daripada tadi lantang menyebut perkataan yang sama. Berulang-ulang jeritnya. Suasana menjadi hening sebentar. Semua mereka tergamam melihat gelagat Sarah, si budak perempuan yang bijak itu. Senyap masih lagi mereka, terkunci mulut untuk keluarkan kata-kata. Bising yang tadi terus bertukar sunyi. Ia sama seperti sunyinya dewan peperiksaan akhir yang berlangsung beramai-ramai dihadapan guru-guru yang paling garang di sekolah itu.

"Atok ! Atok !"

Sarah masih mengulangi kata-katanya. Dengan senyuman yang terukir pada bibir budak perempuan kecil itu, ianya terjawab. Dia masih disana. Masih tetap disana.

Airmata ibu Sufiah bergelinang terbit melepasi pipi. Saiful dan Sofie masih khusyuk meratah tulang-tulang ayam golek.

Sunday, August 14, 2011

Comments: (2)

Nota : Farhan


Lokasi :
Dalam kereta kancil putih manual

Motif :
Apa dosa pekedai menjual minuman
Kepada seorang lelaki
Atau
Apa dosa pekedai menjual minuman
Kepada seorang Farhan

Situasi :
Sambil melihat Farhan meneguk air laici

Waktu :
Jam 1245, 14 Ramadhan

Comments: (0)

Kispen : Panji

Kaki kiri Farel terlekat pada injak clutch, menggigil. Sejak daripada dua pusingan yang tadi kakinya asyik menggeletar. Sebuah telefon bimbit Samsung berada dicelahan pehanya. Telefon bimbit itu dibelinya setahun yang lalu hasil daripada gajinya yang tidak seberapa itu. Masih gagal lagi dia menggerakkan roda sebuah kereta kancil manual berwarna putih itu. Masuk ini sudah empat kali enjin kereta itu mengerang untuk dihidupkan. Ternyata masih lagi gagal.

"Bajingan ini mobil"

Maki si Farel seperti meludah kahak ke muka. Dia yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak kecil itu memang mempunyai sifat yang panas baran. Di tempat kerja, tiadak ada siapa pun yang berani menegurnya membuat silap. Jika ada pun, itu cuma majikannya sahaja. Selebihnya hanya akan diam tak menegur.

"Kenapa bang ? Tak dapat start enjin kereta lagi ke? Sini biar saya cuba"

Kata Sam yang dari tadi cuba lelapkan mata kerana mengantuk. Manakan tidak, daripada semalam dia masih lagi belum lelapkan matanya. Menghadap komputer ribanya dua puluh empat jam tanpa henti. Sam bersarjana muda dalam bidang komputer. Dia mempunyai alasan yang kukuh untuk menghadap komputer tapi bukan alasan untuk langsung tidak tidur. Sam mencuba hidupkan enjin.

"Haaa, boleh pun. Abang kena free kan gear dulu lain kali"

Sam melantun kata sambil tersenyum kearah Farel yang baru pertama kali memandu dalam seumur hidupnya. Mana tidaknya, dia datang daripada keluarga yang susah. Malah terpaksa menanggung keluarga besarnya dikampung.

"Wah ada benderalah. Merdeka! Merdeka!"

"Ya lah, semua pun ada, eh kejap nak tengok kita punya kereta ada ke tak"

Sam cuba keluarkan kepalanya lolos cermin sisi dan terus matanya tepat mencari panji melintang merah putih. Ditoleh depan belakang. Hampir seluruh pelosok bumbung dia renung cari, tidak berjumpa juga.

"Tak ada lah bang. Belum letak lagi kot"

Sam kembali masukkan kepalanya kedalam kereta dan melaju punggungnya menyentuh kusyen yang diperbuat daripada kulit beruang itu.

"Apapaan ini orang, ngag ada semangat. Kalau dinegaranya gue, satu bulan sebelum merdeka orang-orang udah mulai pasang, tapi ini lagi dua hari kagak ada juga dong panjinya"

Sam cuma mampu menyimpan gelaknya melihat telatah lucu abang Farel yang datangnya dari Tanah Besar Indonesia. Namun betul juga katanya, Sam bersetuju dan terus tersenyum. Sinis.

Comments: (2)

Nota : Kelapa & Tempurung

Kirana telefon
Dia tersasul cakap
Nak cakap katak dalam tempurung
Tapi sebut kelapa atas tempurung

Kirana bodoh
Selalu

Comments: (0)

Nota : Bangun

Esok bangun pagi makan sahur.
Makan ke tidak, tetap kena bangun.
Sebab mak dengan kakak takkan bangun.

Comments: (0)

Terima Kasih


Di ruang separa luas
Yang isinya cuma seinci
Lebar kira-kira sekaki
Layaknya duduknya aku disini
Kerna aku, yang baru saja dibenci
Telahpun engkau bunuh mati
Terima kasih hati
Dan rusuk kiri