Saturday, August 13, 2011

Comments: (0)

Lebur

Sedikit sebanyak
Lampu neon itu pecah
Berselerakan cahaya

Sedikit sebanyak
Asap rokok itu pudar
Bertempiaran bau

Sedikit sebanyak
Pelangi raya itu lenyap
Beransuran warna

Sedikit sebanyak
Air terjun itu rebah
Bersemburan sejuk

Sedikit sebanyak
Jiwa raga itu hancur
Bermati-matian
Lebur

Comments: (4)

Kispen : Anak Bapak

Mail menarik tangan anaknya. Pantas. Merengek teriakkan Didi sejak dari dalam kereta lagi. Mail memujuk gadis comel itu dengan mengusap-usap rambutnya. Budak perempuan yang berambut yang panjangnya mencecah bahu itu teriak selepas dikejutkan dari lenanya. Kebiasaan kanak-kanak yang pasti akan menangis apabila disuruh bangun. Didi juga tidak lepas daripada pengalaman itu.

"Dah jangan menangis lagi eh Didi"

Pujuk Mail perlahan.

Didi beransur perlahan teriakannya. Makin diam tiada suara.

"Kat mana ni papa ?"

Mail memimpin tangan anaknya yang lembut itu kedalam. Terlihat seorang pelayan cantik berkurung merah jambu. Indah rupanya. Tak melampau jika dibandingkan dengan Fasha Sandha, bahkan perempuan itu jauh lebih cantik dan manis daripada artis yang berkontroversi itu.

Belum sempat Mail bertanya, telah laju meluru anaknya itu ke peti sejuk yang sarat dengan tin minuman berkarbonat. Lantas dilebarkan pintunya dan dicapai dua tin minuman perisa epal. Berjalan Didi kearah ayahnya itu, perlahan. Tidak selaju seaktu awal dia terlihat peti sejuk itu.

"Nah papa"

"Lajunya Didi, dahaga ya ?"

Didi hanya mampu tersenyum dibalik airmata yang baru dijatuhkan sebentar tadi. Pelayan yang bernama Suzie itu membalas senyumannya Didi tadi. Manis sungguh senyuman pelayan itu membuatkan Mail terkedu sambil melihat susuk tubuh badannya yang molek itu.

"Bungkuskan nasi goreng satu ya"

Didi terdongak, hairan melihat ayahnya itu.

"Papa beli untuk siapa nasi goreng tu ? Kan tadi Didi dah makan, mama suapkan. Oh ya Didi beli dua tin,satu Didi, satu lagi papa"

Terkedu wajah Mail mendengar kata anaknya. Terdiam.

"Papa tak puasa lagi ya ?"

Kali ini Mail betul-betul malu dengan pelayan itu. Merah padam mukanya tak terkata, Mereka saling berpandangan. Suzie hanya tersenyum.

Comments: (0)

Korupsi


Telan semua
Sampai kembung perut
Kunyah lah lagi
Biar lumat
Sampai buncit perut
Kunyah, kunyah
Telan lah, telan

Eh
Dari mana dapat duit ?
Halal ?

Friday, August 12, 2011

Comments: (0)

Panji Gila


Seorang perempuan gila
Bergigi besi
Rambut simpul rapi
Berkurung kuning
Bercelana merah
Berdiri
Lari-lari
Sendiri
Ditangannya, punya panji
Ditenung-tenung mati
Lalu
Dikoyak koyak panji
Disepah-sepah
Sana-sini

Kedengaran suara
"Korup, korup"
Lalu ia henti, dia mati
Tertembus peluru tepat dihati
Oleh pak polisi
Yang turuti
Sang menteri

Perempuan gila, mati

Comments: (0)

Ditiap Kamu

Di matamu kutemukan
Bangkai sang merak kayangan
Cuba bingkas berdiri
Untuk mangkat sekali lagi

Di telingamu kusemukakan
Mayat sang kelisa sakti
Cuba bangun menegak
Untuk lemas sekali lagi

Di bibirmu kujumpakan
Fosil sang unggas jingga
Cuba kuat merangkak
Untuk tidur sekali lagi

Di jejarimu kutemukan
Mumia sang mawar baiduri
Cuba perih mekarkan diri
Untuk layu sekali lagi

Di hidupmu kutemukan
Sebatang batu nisan
Bertarikh minggu lepas
Masih berdarah
Merah

Comments: (0)

Bawah


Dari mata turun ke hati
Mata buta si penonton lagha
Hati busuk menghitam warnanya
Turun jua ia?

Dari hati turun ke jiwa
Hati besi berselimut najis si babi
Jiwa yang mati syahid terbunuh nyawa
Turunkah jua ia?

Dari jiwa turun ke kelamin
Jiwa hancing kencingan si iblis
Kelamin tersisa mani tuk imam
Masih turunkah ia?

Usah turun
Pasti mati

Comments: (0)

Prisona


Bukan sekali
Udah berkali-kali
Darah kotor sezaman dahulu kala
Membuak lolos tiap lorong trakea
Masih tercalit perit, pedih
Prisona agung itu
Kononnya hadiah pada yang salah
Bukan buat tulang belikat kita
Para peragut nyawa, tuhan harta
Perogol duniawi, untuk semua

Malangnya
Rumah dan istana ku ini
Adalah prisona kita

Comments: (0)

Bhabi

Selayaknya engkau
Aku panggil babi
Bukan lagi lelaki
Yang kononnya mati
Sebagai paderi
Bukan kerna benci
Ianya mutlak, hakiki
Engkau memang babi
Bukan paderi
Babi

Comments: (0)

Q


Dini subuh itu
Anyamkan cumbuan mu
Pada tiap bibir ku
Baringi tubuh mu
Dihangat badan ku
Kulum erat cinta mu
Tiap seluruh tekstur ku
Biar nanti malaikat menunggu
Seribu satu benci cemburu
Menonton kisah kisah cinta ku
Hangat membakar bersama mu

Comments: (2)

Gadis


Gadis
Masih lena tidurmu?
Bangkit dan terjagalah
Singkap deriamu, ungkapkan
Usah terus meratah yang percuma

Gadis
Dunia ini properti engkau
Dunia ini gadis yang punya
Selayaknya engkau untuk
Bisa terus engkau corakkan
Milik engkau untuk indahkan

Usah dibiarkan masa lalu
Yang indah di masa silam
Waktu engkau tak mampu mewarnakan
Lantas kau cagar detik ini
Supaya teraih impian yang lampau

Gadis
Usah kau berangan lagi
Cukuplah
Hentikan mimpi-mimpimu
Usah hanyutkan dirimu terus memacu
Engkau si anak gadis
Usah toleh ke waktu dahulu
Renung jauh kehadapan
Kerna mereka yang tidur waktu itu
akan tersedar suatu pagi



Comments: (0)

Bukan Realiti


Hello, katanya
Kamu bulan purnama separa matahari
Sinar kamu terang
Terkadang hangat bahang
Siang malam itu
Milik kamu

Semua
Milik kamu

Saya jin yang kerdil
Makanan saya tulang sang kancil
Rumah nun jauh pinggir nan terpencil

Awak ada sebatang pensel?

Thursday, August 11, 2011

Comments: (0)

Maturasi


Acukan pistol kosong?
Mana pergi peluru?
Terbahak aku menahan
Lawak apa engkau reka?
Nak bikin sarkas, atau
Berangan jadi cowboy?
Kesian, kesian, kesian
Engkau belum matang
Nah, ambil peluru ini
Masukkan semua
Tembak tepat dekat otak
Biar bersepai, pecah
Aku pasti terhibur

Hahahaha, gelak tawa

Comments: (0)

Aku Baru Saja Mati


Sekejap tadi aku termati
Bila dengar cerita basi
Ramai orang maki-maki
Tak puas hati
Rasa iri
Jaki

Aku baru saja mati

Comments: (0)

Kirana


Cuma biasa-biasa
Macam orang biasa
Tak ada yang luar biasa

Berbaju, biasa
Berjeans, biasa
Berkasut, biasa
Berambut, biasa
Cantik, luar biasa

Itu Kirana
Turun dari singgahsana
Bukan bidadari, rakyat biasa
Cuma ia rakyat luar biasa, sangat

Comments: (0)

Mahu Tak Mahu


Mahu tak mahu
Ludah busuk aku jilat
Bukan tak mahu
Ludah aku jilat itu busuk
Mahu tak mahu
Ludah busuk aku jilat
Bukan tak mahu
Ludah aku jilat itu masih wangi
Daripada hati hitam kau yang bacin

Comments: (0)

Pelangi Sebelas Lapis


Ada pelangi
Bukan tujuh warna
Tapi sebelas lapis warna
Bohong, aku bohong, cuma tujuh

Aku cuba cuit
Curi-curi cuit satu-per-satu
Merah, biru, hijau, kuning
Jingga, unggu, indigo
Cukup tujuh
Tipu, aku tak berani sentuh
Aku takut pelangi jatuh
Rebah sembah bumi

Sesaat lepas
Tersedar sejenak
Diam seketika
Aku sedar
Pelangi cuma angan-angan
Tak wujud, benar tak tipu

Comments: (0)

Angan-Angan


Burung-burung tak henti berkicau
Rendah ia terbang
Henti

Angin-angin tak henti menderu
Lembut ia menghembus
Mati

Hujan-hujan tak henti mencurah
Lebat ia turun
Bisu

Angan-angan tak henti-henti
Melambung ia pergi
Punah

Henti, mati, bisu, punah
Gerakkan
Hidupkan
Suarakan
Punah?
Angan-angan selalu pecah-derai
Mana pernah termungkinkan

Comments: (0)

Budak Bodoh


Hidup ini makin lama makin bodoh
Bukan diperbodoh
Tapi memang bodoh
Sama seperti si dungu yang tak sekolah
Ia dapat bernafas, boleh
Tapi akal langsung tak bergerak
Fungsi serta merta padam
Makin lama makin mati, malah
Sama macam api atas lilin
Esok lusa pasti padam

Pernah engkau main layang-layang
Lanyangan---- Pernah?
Cuba terbangkan bila tiada deru angin
Disitulah bodoh engkau
Bodoh punya budak

Comments: (6)

Aiskrim, Batu Besar

Petang itu cuaca lain macam. Macam ada yang tak kena dengan suhu dan angin. Dari sudut sebelah kanan, Amoy berjalan perlahan menuju seketul batu besar. Amoy melabuhkan punggungnya, penat. Panas cuaca hari ini keluhnya. Rutin setiap petang seorang remaja sunti itu. Jarang sekali dia menolak untuk berehat diatas batu besar yang beratnya sama seperti sebuah pacuan empat roda buatan Malaysia. Batu keras itu bentuknya pelik. Meleper saja bentuknya, senang untuk dibuat alas punggung. Amoy yang berkulit cerah itu menggigit kuku yang tajam. Tabiat sejak dari lahir gadis itu. Susah untuk dirinya membuang tabiat itu.

Arwah ibunya rajin memesan padanya, jangan selalu gigit kuku. Anak dara tak manis dilihat orang dengan perangai begitu. Ibu Amoy sebenarnya tidak diketahui sama ada sudah mati atau belum. Cuma khabar berita penduduk-penduduk di sana mengatakan bahwa ibunya itu sudah tiada. Masa itu Amoy baru menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Masih terlalu awal buatnya mengenali ibunya. Kata orang, rupa paras mereka sama. Tiada apa yang beza kecuali hidung Amoy kelihatan lebih mancung. Ibunya pula kemek. Pasti Amoy rindukan ibunya itu, Molly.

********

Lamunan Amoy dikacau oleh Abu, seorang remaja yang kurang upaya. Orang kebiasaan mempunyai dua kaki, namun bagi Abu, dia cuma punya satu kaki sahaja. Itu tidak mencacatkan semangatnya untuk terus hidup. Sama seperti orang lain. Abu mempunyai cita-cita yang tinggi, lebih tinggi dari orang kebiasaan. Impiannya ingin menjelajah segenap sudut dunia. Yang menariknya, impiannya itu hendak dicapai apabila dia mempunyai kedua-dua belah kakinya kembali. Nampak seperti impian yang bodoh bagi seorang remaja yang memang tidak akan punya peluang itu semula. Mana tidaknya, usahkan kaki sebenar, kaki palsu pun tidak termampu dimilikinya. Tapi setiap orang berhak bermimpi.

Masing-masing ada fantasi masing-masing. Biar mustahil bagi mata orang, tapi untuk Abu, semuanya akan jadi kenyataan. Ceritanya bermula semenjak lahir lagi. Masa itu, sewaktu Abu dilahirkan ibunya. Kakinya terpaksa dipotong oleh doctor akibat luka yang serius. Demi untuk tidak membiarkan kesakitan pada tubuh Abu, keluarganya membuat keputusan yang sekaligus telah mengubah seorang Abu yang normal kepada seorang yang tidak. Namun dia bersyukur dengan ketentuan ilahi. Dia yakin Tuhan telah rancang segala yang baik untuknya pada masa hadapan kelak.

********

Waktu petang sebegini lah waktu yang ditunggu oleh Amoy dan Abu. Mereka akan berlumba sampai ke tempat ini. Siapa yang sampai dahulu akan dibelanja aiskrim seperjalanan pulang nanti. Mereka sahabat baik. Rumah mereka berhampir sahaja, berdekatan dengan surau yang kira kira lapan tapak. Sejak kecil mereka bersahabat. Tak pernah bertekak, inikan pulak bergaduh. Cubit pipi tembam si Amoy pasti pipi cenkung si Abu terasa. Sudah macam adik-beradik mereka berdua. Hidup mereka punya banyak persamaan. Penderitaan, masing-masing tempuh bersama. Suka-duka mereka kongsi. Tapi petang ini, mungkin petang terakhir mereka. Amoy mendapat khabar bahwa ibunya yang disangka telah mati, ternyata masih hidup. Kini menetap di negara luar. Yang pasti esok dia akan kesana dijemput ibunya. Dia bakal meninggalkan kehidupan remajanya di tempat ini dan membina senyuman di tempat barunya. Tinggalnya dia, tinggal lah juga Abu seorang disini tak berteman lagi. Kerana satu-satunya teman baik Abu adalah Amoy. Abu tidak punya kawan bermain yang lain disebabkan oleh kecacatan yang dialaminya. Cuma Amoy yang sudi menjadi temannya sejak kecil, setia bersamanya. Tapi kini dia mendapat berita sedih itu langsung daripada mulut Amoy sendiri.

********

“Kau nak pergi?”

Abu bertanya. Dia mengharapkan jawapan daripada Amoy.

“A ah, aku kena pergi. Esok ibuku sampai, ajak aku kesana, luar Negara katanya”

Amoy membalas soalan lelaki kurus itu. Tanpa melihat mukanya, dia menyambung.

“Kau jaga diri tau, aku pergi dan mungkin tak datang balik, jauh”

Abu mula berubah reaksi. Tapi masih tersenyum cuba sembunyikan dirinya yang sebenar.

“Wahh untunglah kau, dapat keluar negara. Aku yang berangan, kau pulak yang dapat”

Selamba lantunan Abu. Dia terpukul dengan perbualan itu. Rasa seperti mahu menjatuhkan saja airmata jantan yang selama ini dipikul berdua bersama Amoy. Kini dia merasakan dia sudah tidak punya siapa-siapa dalam hidupnya.

“Nanti aku cuba pujuk ibu, kalau dia kasi aku balik sini, aku baliklah jumpa kau, okay?”
Pujuk Amoy yang sememangnya sudah tak tahan ingin berjumpa ibunya yang ditinggalkan sejak zaman sekolah lagi. Hatinya berdebar-debar untuk menunggu esok tiba.

“Hahaha,okay Amoy ku yang comel”

Abu masih menahan sebak dalam dadanya. Sikit lagi mahu dicurahkan segala takungan sedihnya itu. Namun demi senyuman Amoy, dia kuatkan hati untuk menelan segala pedih itu.

“Jom Abu, harini kau lambat, kau belanja aku asikrim”

“Cepatlah Abu”

Ujar Amoy sambil menarik tangan Abu yang daripada tadi berkhayal tentang hidupnya yang kedepan.

********

Pagi pagi lagi Abu sudah bangun. Selalunya dia paling liat untuk bangun. Tapi hari ini bukan hari itu. Dia perlukan semua masa yang tersisa ini buat iringi pemergian temannya Amoy. Dia bersegera siap dan terus bergegas ke rumah Amoy. Nasibnya baik, Amoy sudah mengangkat barangannya untuk bertolak. Semput nafas Abu yang berlari cuma menggunakan sebelah saja kakinya kerumah Amoy walau Cuma dekat rumah mereka. Abu terhenti, dia tercegat tegak. Kaku static tidak bergerak, melihat tepat kearah Amoy. Lantas airmatanya jatuh. Suasana itu dirasakan paling sedih dalam hidupnya. Tidak sepedih yang diharungi selama ini. Dia seperti tak merelakan pemergian Amoy. Dia menangis. Amoy cuba tenangkannya.

“Hey kawan, apa nangis nangis ni ? Tak macho lah macam ni”

Amoy cuba memujuk Abu daripada terus menjatuhkan airmatanya. Dalam diam, Amoy juga merembeskan sedikit airmata betinanya untuk menemani kesedihan teman baiknya itu. Mereka berpelukan. Seperti kakak-adik yang terpisah, yang bakal berpisah. Ibu Amoy turut tunduk kesedihan melihat gelagat kedua remaja yang sudah dia anggap seperti anak kandungnya sendiri. Tak banyak yang dapat dia lakukan untuk meredakan kesedihan mereka. Amoy kembali menenangkan Abu.

“Abu, aku ada sesuatu untuk kau”

“Apa dia?”

“Nah, ambil ni”

Amoy menghulur loceng leher yang dipakainya selama ini kepada Abu. Amoy mahu loceng itu selalu dipakai dileher Abu.

“Bila kau rindu aku, kau bunyikan loceng tu”

“Amoy, terima kasih, aku saying kau, sampai mati”

“Aku pun, nanti ada masa, kita jumpa lagi ya. Kau jaga diri”

*********

Abu masih tercegat ditempat yang sama. Amoy sudah beransur pergi meninggalkan seribu satu kenangan pada Abu. Temannya yang selama ini begitu baik dengannya, kini sudah pergi meninggalkannya. Kini, tak akan ada lagi rutin harian waktu petang. Tak ada lagi siapa cepat, siapa lambat ke batu besar. Tak ada lagi Abu keluarkan duit buat beli aiskrim tiap kali terlambat kesana. Semua itu sudah lenyap dalam nota peribadinya, tapi ia takkan padam dalam memori hidup Abu.

Walau cuma mereka seekor kucing, namun sayang telah memanusiakan mereka. Persahabatan Abu dan Amoy takkan pernah lenyap dari kawasan batu besar itu. Ia terus bersemadi kekal.

Comments: (0)

Setan Cantik Iblis Kacak


Kalau sudi engkau aku gelarkan
Pasti aku teriakkan, lantang
Pekik satu semesta alam
Dengan nama penuh bergaya

Kau
Setan Cantik
Dan kau pula yang ditepi itu
Aku gelarkan, Iblis Kacak

Bergaya bukan?
Sangat

Comments: (0)

Kebaya Ibu

Biar kocek kita kosong
Penuh pasir
Biar
Anak, kita tak mewah
Hangatkan saja lauk semalam
Makan guna garfu, bukan sudu
Telatlah santapan kita tersisa

Biar poket kita tak berisi
Penuh habuk
Biar
Anak, kita bukan senang

Kita punya apa yang kita punya
Biar duit kita cuma satu sen

Esok,
Anak belikan ibu kebaya, ya?
Janji ya?

Comments: (0)

Kursina


Kursina menjenguk kamar gelap itu
Terdiam
Gusar bercampur onak
Kursina senyap
Tak termuntah kata
Ia mati sejenak
Fikir

Kursina berbaring
Senyap
Fikir

Kursina lupa ia cuma roh

Comments: (0)

Kotak Berbentuk Hati


Bersama kotak berwarna kemerahan
Bawa pada ku
Nah, ambil
Rawat pulih ia biar terus degup
Tak tertanggung
Dosa kelmarin milik siapa
Tanyanya
Lantas jawab suara
Dosa semalam kelenyapan
Sembunyi celahan kotak merah

Terjatuh, kotak terjatuh
Tak terawat lagi lukanya

Wednesday, August 10, 2011

Comments: (0)

Gadis Plastik


Tuhan, gadis itu mahu hidup
Bina puncak pelangi tinggi tinggi
Janji, ia takkan kejam dengan kau

Tuhan, gadis itu mahu terbang
Melayang jauh ke angkasa bima
Janji, ia takkan zalim dengan kau

Tuhan, gadis itu mahu berangan
Merayau dalam fantasi rekaan fiksi
Janji, ia takkan bohong dengan kau

Tuhan, kenapa kau bunuh ia?
Padahal ia sudah berjanji, bukan?


Comments: (0)

Sorong Papan


Sorong papan, tarik papan
Masuk gereja, dapat jamban

Terima kasih Malaya
Aku bangga dengan kalian

Comments: (0)

Aku Terlahir Kaduk


Andai sekiranya jasad tercipta Kaduk
Lautan mahsyar aku tadah terima
Buruk pada nama
Indah pada rupa
Bodoh tanpa suara
Buta tiada mata

Usah mati bini, biarkan mati diri sekalipun
Takkan aku serah pada ayam aku itu
Buat maharaja bongkak yang bodoh

Usah kau kata pondok, istana kaca pun
Takkan aku calitkan arang ke muka
Buat nanah orang orang ku berdarah

Usah kapal megah, nakhoda indah jua
Takkan aku belayar cuma buat sia sia
Buat cuma sedawa kenyang dan ketawa

Aku ini terlahir Kaduk
Cuma pada nama, yang tertulis

Comments: (0)

Hadiah Harijadi


Mimpi yang semalam itu
Wujud lelaki tua berjubah baru
Putih suci cahaya seakan biru
Harum sekali ia terbau

Lelaki tua itu berjanji
Ia janji nak kembali
Katanya ia janji
Janjinya nak beri
Beri hadiah harijadi

Aku menangis sekali lagi

Comments: (0)

Kau Pergi Jahanam


Aku manusia
Aku pandai
Sebab boleh menulis
Aku menulis
Aku rebel
Aku cakap ikut suka
Aku hebat
Sebab boleh bersuara
Aku menulis
Bukan bercakap
Jangan dengar
Tapi baca
Baca elok elok

Aku rebel
Kau sakit, aku apa kisah
Aku dah cakap
Aku rebel

Kau, tolong
Pergi jahanam

Comments: (0)

Dungu Budak Kita


Jangan sampai tadika
Kalau tak mahu diejek
Usah sampai

Jangan jejak sekolah bawah
Kalau tak mahu tubuh dibuli
Usah jejak

Jangan hadir sekolah atas
Kalau tak mahu bontot dirotan
Usah hadir

Jangan pergi universiti
Kalau tak mahu bayar yuran
Usah pergi
Usah pergi

Duduk saja rumah
Makan sisa sampah
Bela seekor gajah
Berdoa atas sejadah

Buku, sentuh kau usah
Aku bilang usah

Comments: (0)

Lagu Itu Pembunuh


Kemarin selesai pita pita musik terputar
Melagu melaut mengilai ilai mengusik
Lirik ringkas cuma cuba membunuh
Pelan pelan cuba rasa merodok jiwa
Memedaskan tiap biji butir mata

Iramanya bodoh
Plotnya sama
Isinya tak habis habis menangis
Maknanya tak kalih menjerit

Lagu itu pembunuh

Comments: (0)

Terkoyak Cerita Indah


Kucing hitam berlari lari tempiaran
Ia gusar dikejar zuriatnya--zuriat
Waris yang tak terhendak, teringin
Daging terkandung selama tempoh
Bukan milik kehendak jiwa si hitam
Hitam yang dulunya mesin yang aktif
Hitam yang kini cuma mesin buruk
Rapuh ditelan ludah terpalit
Terpuruk kesumat dendam
Meradang membuak parut kasar
Hitam hauskan darah bajingan itu

Hitam sejumlah jiwa yang terkotor
Oleh sejumlah tahi mani pekat si jantan
Bersepah disisip jalanan tatkala subuh
Meleleh aroma erotis berandalan sial

Hitam laju menapak pulang
Menjauh tinggalkan si putih
Si comot, si belang dan si comel
Mensampahkan mimpi si si semua
Mengoyak cerita indah si si sekalian

Hitam terasa bangsat
Hitam membangsatkan lagi
Bangsatkan nyawa sendiri
Bangsat menemukan mati

Hitam mati

Comments: (0)

Rusuk Kiriku


Rusuk kiri
Jangan bilang siapa siapa
Waktu kita gila gila

Rusuk kiri
Nanti waktu bila bila
Kita jalan sama sama

Rusuk kiri
Rangkul tubuh lama lama
Rangkul aku saja saja

Rusuk kiri
Kucup bibir erat erat
Kucup aku diam diam

Rusuk kiri
Ingat janji dulu dulu?
Masa kita dulu dulu

Kau, aku
Kita

Tuesday, August 9, 2011

Comments: (0)

Najis Bersejadah Iblis


Senyap
Sunyi redup angkasa jingga malam ini
Gugus gugus bintang bisa ku kira bilang

Satu per satu
Tepat tak terjangkau suria kaca mata
Elok tak tertimbus deruan pasir bukit

Sunyi semalam mula kebisingan
Melatah disetiap muncung botol
Kaca bergelas berselimut syaitan
Asap mencium bibir merah jambu
Bunuh perlahan lahan, lembut

Bising kelmarin mulai sunyi
Melangup disetiap penjuru candu
Jarum bernajis bersejadah iblis
Bau menusuk sudut lubang hidung
Rejam beransur ansur, longlai


Comments: (0)

Teori Lupa


Ia terlupakan sesuatu
Terlupa ia dilupakan
Dilupakan oleh pelupa
Mencuba cuba melupa
Lupakan tentang lupa
Lupa yang benar benar

Lupakan pelupa itu
Lupakan tentang lupa
Lupakan yang terlupa
Lupakan pabila terlupa

Lambat laun kau lupa

Comments: (0)

Demokrasi Puki


Kursi kayu tak berpenghuni itu
Milik seorang mahasiswa bisu
Tidak sepatah suara tersembul
Yang tercuma pekak yang timbul

Buku nota tak bertuan itu
Milik seorang mahasiswi rabun
Tidah sejelas penglihatan stereo
Yang tersisa cuma butanya mono

Pena biru tak berpenghuni itu
Milik seorang pendidik sombong
Tidak punya nyali mahu santun
Yang punya cuma makian berpantun

Dewasa ini, hari ini, detik ini
Kita terlanjang bulat lagi
Dek nama demokrasi puki

Comments: (0)

Aku Superhero


Aku perwira berwarna biru
Aku satria bercorak kuning
Aku perkasa beragam hijau
Aku heroin berona jambu
Aku prajurit bernuansa hitam
Aku hero beragam merah

Aku superhero

Comments: (0)

Botol Kaca Alat Candu


Terlenggok punggung penari sial itu
Menarik tingkat nafsu si jantan bedebah
Melopong susuk tubuh mugil, tengiurkan
Air liur menjejes sana sini, tidak tertahan

Tahajud malam bersama botol kaca
Tarawih lewat dengannya alat candu

Monday, August 8, 2011

Comments: (0)

Komrad Malaya


Malam ini, ku nyanyikan
Sebuah lagu patriotik
Irama komrad bangsa
Alunannya senyap sepi
Liriknya tunggang terbalik
Bunyinya nyaring, pekik

Biar nada semalam itu
Jadi putaran musik kita
Buat bermati matian nanti
Berbunuhan sambil tertawa

Kalau lusa hidup nyawa aku
Aku nyanyi semula irama itu

Comments: (0)

Si Tua dan Angan Angan

Si tua bisa merewang terbangan
Kelimbang satu satu pelusuk segi
Bermimpi seribu satu angan angan
Merayap celah lubang selimut anduh
Melangit tinggi tak terjatuh lamunan
Bertangan ia menadah tak sudah

Si tua taat terapung tanpa graviti
Kagak jelak melambung jauh
Tidak jenuh merangkak dalam
Usah kalih melompat tinggi

Si tua bisa terbang, bermimpi
Si muda pantas menciptanya
Cantum sambung, perlahan
Angan angan si emas, menjadi
Terdandan molek

Comments: (0)

Simpulan


Simpulan itu
Tidak digelar mahupun menggelar
Ia terlahir
Dibawah celahan pohon bunga kertas
Hariannya
Penuh aroma yang tercipta wangi
Malamnya
Sendat bahana yang terwujud sonor

Simpulan mencatat rakam
Simpulan menulis atas kaca
Simpulan tertawa

Simpulan membalik susun
Simpulan menoreh atas angin
Simpulan terkekeh

Simpulan cengeng, semisal
Kacanya tercerna indra penglihat
Kacanya diwacana titik berat

Comments: (0)

Aku Amor Tresna Kau

Kau terlihat olehku ayu
Bukan, kau sebenarnya
Manusia separa bidadari
Lagi lagi bila suria menari
Sembunyi menenggelami
Celah celah lesung si pipit

Aku amor kau bukan separa
Aku tresna kau seluruh

Kau mahukan anak bintang?
Biar aku panjat dinding langit
Biar aku cuba nasib curi petik

Engkau mahu?
Simpan anganmu
Aku tak terpenuhkan
Anak bintang buat amor
Agar setia teman lena tresna

Amor, tresna
Aku amor tresna engkau

Comments: (0)

Gitar Ternama Piano

Seniwati tersebut main main rentak
Keluar pecah lolos pintu alat seni
Terbang bersepahan nota nota lagu
Bercampur adukan nyawa si pelangi
Membentuk bulatan tegak melangit
Tinggi jauh ke awangan alam ketujuh
Meronta ronta simbolik pecahan bunyi
Akta bersama dilanggar remuk termuntah
Nota nota masih terngiang ngiang sepi
Atmosfera fantasi bertukar plot drama
Bersiri berantai beratur panjang berepisod

Seniman tersebut terus bermain irama
Melagukan bunyi berjogetkan ritma
Angkasa turut tak kalih berdansa
Seniman lanjut berseni, melanjuti
Pecah udara tembus sisi dinding angin
Oleh dek sebuah gitar bernama Piano

Sunday, August 7, 2011

Comments: (0)

Tubuh Dua

Tubuh dua itu dikejarkejar engkau
Melaju disisi penjuru jalanan
Tubuh ini cuma gelapgelita warnanya
Tiada suara warna untuk menyanyi
Bukan wangi bunga buat dicium bau

Tubuh dua itu diidam impikan engkau
Menderas disegi segi sudut lebuhan raya
Tubuh ini cuma senyapsunyi bunyinya
Tiada warna bunyi untuk terwarnakan
Bukan enak dengar buat dicuri dengar

Tubuh dua itu bukan diri aku sebenar
Tubuh dua itu adalah satu aku yang palsu
Tubuh dua itu bukan tubuh yang satu
Tubuh dua itu cuma satu bayang bayang

Comments: (0)

Tunding Sana Sini

Tunding jari
Tundinglah
Tunding sampai mati
Tunding pada semua
Tunding sana sini
Tunding atas bawah
Tunding kanan kiri
Tunding semua

Tundinglah
Tunding jari telenjuk
Tunding jari kotor kau
Tunding jari busuk kau
Tunding jari kasar kau
Tunding jari hitam kau

Untuk apa engkau tunding?
Usah lerai jawapan
Teruskan menunding

Comments: (0)

Hujan

Ia turun , ia jatuh
Ia rindukan bumi
Ia ia merindukan

Comments: (0)

Celaka Cikgu Matematik

Ramalan peratusan berkata
Nilai termungkinkan mencapai
Perpuluhan kosong kosong
Kosong satu peratusan
Menjangkau infiniti
Mendekat tiada
Merapat mustahil

Jawapan aku salah
Cikgu tanda pangkah
Ulang buat pembetulan
Celaka cikgu matematik

Comments: (0)

Masuk Barisan

Masuk, masuk !
Masuk barisan !

Masuk barisan !
Nanti kau dipukul

Lekas
Masuk barisan !
Nanti kau dilempang

Bingkas
Masuk barisan !
Nanti kau diterajang

Pantas
Masuk barisan !
Nanti kau ditelanjang

Sudah empat belas juta kali ku bilang
Kepala dengan batu sama lebih kurang
Keras, hantuk dinding tak pecah, degil