Saturday, July 30, 2011

Comments: (0)

Doktor Bodoh

Doktor bodoh tersebut
Bodoh, walaupun bijak

Mereka berikan semua
Yang akan bunuh sepenuhnya

Doktor bodoh tersebut
Bodoh, walaupun bijak

Mereka berikan teknologi
Yang akan telan secukupnya

Doktor bodoh tersebut
Bodoh, walaupun bijak

Mereka hulurkan apa yang ada
Yang akan bakar sehebatnya

Comments: (0)

Teka Teki

Hari ini teka teki harapan musnah
Tak ada apa yang boleh di selesaikan

Daun kertas ciptaan kau layu, sudah
Kertas lukisan terpenuhi contengan, cuma
Bekas minuman penuh dengan kosong
Buih buih sabun tidak lagi terbang bebas

Hari ini teka teki anganan musnah
Tak ada apa yang dapat di permudahkan

Friday, July 29, 2011

Comments: (0)

Tengah Tengah

Tengah tengah lagi bagus
Pintu kau buka, aku masuk
Aku masuk, pintu dia tutup

Tengah tengah lagi bagus
Barang kau jual, aku guna
Aku rosakkan, dia beli

Tengah tengah lagi bagus
Kanan kau belok
Terus aku sambung
Kiri dia lencong

Tengah tengah lagi bagus
Panas kau derita
Sejuk dia rasa
Aku, suam suam saja

Comments: (0)

Terlihatkan Aku

Berjalan jalan aku ke suatu tempat
Tak pastinya syurga apa neraka

Terlihatkan aku seorang tok kadi
Membeli kertas empat nombor

Terlihatkan aku seorang pak imam
Merobek kejam maruah si anak dara

Terlihatkan aku seorang guru agama
Meragut pantas harta tangan si tua

Terlihatkan aku seorang ustazah
Menogak kencang santapan mabuk

Terlihatkan aku seorang, terdiam
Pembunuh, perompak, perogol, pendosa
Menghulur berkeping uang kertas
Pada anak jalanan yang haus kelaparan

Melangkah teruskan perjalanan, terus
Masih tak pasti ke syurga apa neraka

Comments: (0)

Titik Akhir

Aku pekik sehebat halilintar
Kerna aku seorang pengecut
Sembunyi selembik najis
Kerna tak daya tahan lagi

Harapkan sekecil zarah magis
Impikan sekelumit kuman
Barah terus menginjak injak
Tertiarap terkadang aku
Cuba lari mengejar bayang

Yang tertinggalkan cuma, kini
Sekelongsong peluru, dan
Selaras besi alat bunuhan
Perlukan sekudrat peluh
Menarik picu, titik akhir

Thursday, July 28, 2011

Comments: (0)

Nombor

Tiga orang, satu siaran
Beratus ribu lantang sorak
Dua pihak, satu bentuk, bulat
Tengah tengah, atas ribuan
Perih jerih kencang larian
Kejar kejaran

Bezanya nombor, itulah raja
Sebelas satu, sebelas sana
Dua warna, satu kandas
Satu julang, jerit, untuk apa?
Untuk puaskan ribuan kepala

Comments: (0)

Sayang Sayang Kan

Sayangkan anak
Lemak lemakkan

Sayang isteri
Madu madukan

Sayang ibu
Derhaka derhakakan

Sayang ayah
Binasa binasakan

Sayang diri?
Abai abaikan

Comments: (0)

Pagi

Bangun pagi, mata rabak
Mandi pagi, telanjang bulat
Makan pagi, melahap sakan

Tengah hari itu pagi aku, ya

Comments: (0)

Syurga Neraka

Jangan sembang syurga
Jangan sembang neraka

Dua dua engkau punya
Luar peri, dalam iblis
Tak cukup lagi?

Comments: (0)

Tikam Belakang

Apa perasaan awak bila saya hunus pedang
Saya tikam awak daripada belakang
Saya keluarkan perlahan lahan
Kemudian saya tikam lagi, perlahan

Lain kali jangan meludah belakang
Kelak masa awak saya pancung
Saya buat macam biasa, hunus
Tikam perlahan lahan sambil ketawa

Comments: (0)

Pintu

Keluarkan aku dari sini
Tolong, sesiapa
Aku merayu, tolong

Dua puluh satu tahun
Sudah aku jilat jilat
Sisa sisa najis mereka
Aku tak tertahan kali ini

Keluarkan aku dari sini
Tolong, seseorang
Aku merayu, tolong

Dua puluh satu tahun
Sudah aku hirup hirup
Bau bau hancing urin mereka
Aku tak tersanggup lagi

Buka pintu itu untuk aku
Aku perlu langkah keluar

Comments: (0)

Fiksyen

Aku berserah satu dua semua
Kepada cahaya diatas sana

Dan harapankan ia melantun
Kembali ke tempat asalnya

Wednesday, July 27, 2011

Comments: (0)

Jangan Pernah

Jangan pernah engkau
Tikam air, takkan mati ia

Jangan pernah engkau
Jilat api, takkan padam ia

Jangan pernah engkau
Sentuh angin, takkan kena ia

Jangan pernah engkau
Gapai bintang, takkan dapat ia

Jangan pernah engkau
Hidup semula, takkan pernah ia

Comments: (0)

Hentikan Kerosakan

Sekiranya aku seorang pencuri
Akan aku taruh jiwaraga busuk ini
Cuma untuk sebentuk berlian
Tak terlebih ukuran, tak terkurang berat
Bukan buat dulang junjung hadiah
Bukan buat gadaian membeli sepasang dunia
Cuma untuk mengisi perut perut mereka
Menyuap rongga rongga rahang beliau
Sekian lama mereka tak terjamahkan
Sesuap mungkin tidak sebutir beras
Hentikan semua ini, kerosakan

Comments: (0)

Biarkan Ia

Biarkan terjatuh cecair itu
Biarkan tercampur semua
Biarkan penuh ia ditolak
Biarkan tumpah sana sini
Biarkan terpelanting lagi
Biarkan tersembam kebumi

Biarkan deras aliran, ia
Biarkan terlolos masuk
Biarkan kenal itu kotor
Biarkan terjumpa muara
Biarkan tersambung laut

Lantas itu, kau akan tersejat
Kembali engkau, keatas semula

Comments: (0)

Mimpi Mati

Sabun itu luntur buih nya
Sudah hilang kilatan nya
Pulasan penuh cuba buka
Ketat, payah, erat ikatan

Cuba lawan perang jari jari
Kalah, siapa menang, kau
Aku pendekar yang kalah
Pedang tak pernah terjilatkan
Darah putih mahsuri tidak jua

Putar semula masa, pulas
Pandang belakang cepat
Tiada apa, kau cuma khayal
Mimpi kau sudah mati, kini

Comments: (0)

Ke Hadapan Belakang

Transjantina, dia yang berperilaku
Belakang daripada jiwa sendiri

Tranvestit, dia yang berketerampilan
Belakang daripada jiwa sendiri

Transek, dia yang terasa, diri
Beza mutlaknya, tetapi jua sama
Belakang daripada jiwa sendiri

Homos, terjalin lah dia, dengan
Hadapan imej mutlak cerminan

Bi-dua, terjalin lah dia, dengan
Belakang, jua hadapan cerminan

Tri-tiga, terjalin lah dia, dengan
Belakang, jua hadapan cerminan
Penambahan se-transek juga

Ada satu lagi, hadapan dan hadapan
Satu hadapan terbiasa belakang
Istilah apa, pelosok dunia tahu

Comments: (0)

Selagi

Selagi aku pakai nyawa ini
Selagi itu aku terhidup

Selagi aku sarung nafas itu
Selagi itu aku tercipta lagi

Selagi engkau masam muka
Selagi itu aku jiwa menjerit

Selagi engkau bunuh aku
Selagi itu jasad terbang

Selagi engkau, selagi itu aku

Comments: (0)

Warna

Warna warni yang kau conteng semalam
Tak terjamin juga masa hujung depan
Bila warna yang warnai itu berselerak
Buruk, tak siapa ingat terlihatkannya

Rona rona warna perlu kau catat
Perlahan, menjilat masa terkebelakang
Bila yang berselerak itu engkau kemaskan
Indah, semua yang diluar berlari berkejaran

Warna sebaiknya, bukan secepatnya.

Comments: (0)

Panas

Panas
Tak terkata
Iklim berubah rupa
Bacaan termometer melompat
Peluh berlari lari jatuh
Tekak jadi padang pasir

Nasib baik bukan neraka, lagi.

Comments: (0)

Sunyi Bunyi Wangi

Kota sunyi
Lampu padam

Perut bunyi
Lambat hadam

Bau wangi
Bukan masam

Sunyi bunyi wangi

Hingarkan
Bisingkan
Harumkan

Comments: (0)

Itukah Rasanya Rasa?

Itukah rasa marah?
Itukah rasa benci?
Itukah rasa sedih?
Itukah rasa suka?
Itukah rasa cinta?
Itukah rasa gembira?
Itukah rasa simpati?
Itukah rasa bangga?
Itukah rasa malu?
Itukah rasa redha?
Itukah rasa rindu?
Itukah rasa takut?
Itukah rasa cemas?
Itukah rasa bersalah?
Itukah rasa geli?
Itukah rasa kecewa?
Itukah rasa terkejut?
Itukah rasa tertekan?

Terima kasih untuk semua rasa
Aku benar benar rasa
Rasa semua, rasa seluruh
Rasa ini sebelum tamat

Comments: (0)

Seorang Manusia

Seorang manusia
Dilahirkan terlahirkan
Mulanya diangung-agungkan
Kelambatan nanti dimaki-cemuhkan

Seorang lelaki terdiri
Tugas terwajibkan atas, nya
Awalnya disanjung-sanjungkan
Penhujung nanti diejek-ejekkan

Seorang perempuan tersimpuh
Adanya terikat pada, nya
Pertamanya dibelai-belaikan
Akhir nanti dirobek-robekkan

Manusia lelaki , perempuan, atau
Engkau akan dipilih, untuk
Menghuni kota syurga, atau
Merintih di pondok usang neraka

Comments: (0)

Lempangan Hujan

Tak usah khabarkan lagi
Cuaca esok pasti mendung lagi
Terbiasakan dek askar hujan
Sakit diterajang cecair lebat

Suram cuaca kelmarin, itu
Tidak terpadam lagi, masih
Tetaplah ia, menangis, lagi
Menunggu teriakan suria esok

Mengapa engkau berduka, tatkala
Engkau punya semuanya
Taulan, keluarga, kehidupan
Bezanya engkau, adalah

Kuat dilempang hujan lebat

Tuesday, July 26, 2011

Comments: (0)

Tuhan Engkau

Hey umat, pandang sini
Aku tuhan kau, sembah sini
Engkau cuma kapas buat aku
Titah aku jangan kau langgar
perintah aku jangan kau hentam

Hey umat, dengar sini
Aku tiang kau, patuh sini
Engkau cuma angin buat aku
Cakap aku jangan kau pekak
Telunjuk aku jangan kau bantah

Mana pergi semua umat semalam?
Aku tuhan engkau, aku tiang engkau

Kalau bukan aku, engkau bukan siapa
Engkau cuma kapas mahupun angin
Tempat engkau cuma bersama si hitam
Bayang bayang pahit yang kau coret

Pandang sini
Dengar sini

Apa lagi pilihan engkau
Cuma aku tuhan kamu, tiang kamu
Kau murtad tanpa aku
Kau roboh tanpa aku
Kau satu, aku ramai

Paksi tengah tengah sudah hilang
Kini tinggal saki baki daki saja
Bedebah yang ditinggalkan untuk kau
Telah aku kutip buat santapan semua

Haruman wangi dunia ini semuanya palsu
Yang mutlak hanya palitan kejam busuk
Durjana bangsat tak tahu dek bahasa
Merangkak terlentang bila merana

Hey umat, kau masih mendengar?
Bisikan aku buat engkau
Biar engkau sembah aku, tuhan kau
Biar engkau taat aku, tiang kau

Aku tuhan engkau
Mulai kini, sekarang

Comments: (0)

Sinar Gelap

Melintasi kau terangi langit ter-gelapku
Kau akan ambil beberapa saat untuk itu
Jadilah milikku dan kesalahan kau akan ku musnahkan

Sinar yang gelap
Bawa aku ke bawah
Buat hatiku rasa sakit
Kerna ia bagus

Bawa tangan ke mata kau lagi
Sembunyi daripada kejadian ngeri
Sorokkan ketakutan kau
Jadilah milikku dan kesalahan kau akan ku musnahkan

Sinar yang gelap
Bawa aku ke bawah
Buat hatiku rasa sakit
Kerna ia bagus

Sinar yang gelap
Bawa aku ke bawah
Buat hatiku rasa sakit
Kerna ia bagus

Comments: (0)

Sinis

Berkata pada diri sendiri
Tak siapa mengerti isi hati

Biar diam dan kata setuju
Tapi dalam siapa yang tahu
Tak perlu ada yang tahu
Kerna semua berlalu dan berlalu

Biar bayang bayang si hitam
Temani aku hingga malam
Ucapkan selamat malam
Di malam malam yang seram

Tak terasa nak lama hidup
Kalau keadaan serupa mayat hidup
Tapi perlu di teruskan jua hidup
Untuk peluang untuk menghirup

Comments: (0)

Tiada Tajuk

Lihat bintang itu
Lihat bagaimana ia bersinar untuk kau
Dan semua yang kau buat
Ia semua indah

Aku datang bersama
Aku tulis lagu buat kau
Dan semua yang kau buat
Dan ia dipanggil indah

Jadi aku buat keputusan
Apa yang patut di buat
Dan ia semua indah

Kulit kau
Kulit kau dan tulang
Bertukar menjadi sesuatu yang cantik
Kau tahu,kau tahu aku sayang kau begitu
Kau tahu aku sayang kau begitu

Aku berenang melintasi
Aku melompat mengatasi kau
Jadi apa yang perlu dibuat
Kerna kau semua indah

Aku lukis garisan
Aku lukis garisan untuk kau
Jadi apa yang perlu dibuat
Dan ia semua indah

Kulit kau
Kulit kau dan tulang
Bertukar menjadi sesuatu yang cantik

Dan kau tahu
Untuk kau aku lukakan diri aku
Untuk kau aku lukakan diri aku

Itu benar
Lihat bagaimana ia bersinar untuk kau

Dan semua yang kau buat
Indah.

Comments: (0)

Tiga Perempuan

Tiga perempuan itu
Satu, Dewa Durga
Dua, Ibunda
Tiga, diam tak terkata

Comments: (0)

Tocang

Tocang atas
Dua jari
Baju kesukaan
Lagu klasik

Cukup, kami bahagia

Comments: (0)

Semalam, Yang

Semalam yang lalu, punah
Semalam yang lalu, pecah

Kaca itu pecah berselerak tumbang
Diam diam telanjang lilin itu kau kerjakan
Cahaya menjerit diam tertahan nafasnya
Tiada sedikit terang angin tenang melompat

Semalam yang lalu, sepai
Semalam yang lalu, kecai

Tidakkah Tuhan lebih tahu sisip penjuru dunia ciptaannya?
Untuk apa kita bangun kalau tidak percaya

Semalam yang lalu ada semua cerita
Dongeng karangan Sita si cinta hati Dewa

Comments: (0)

Semua Tentang

Semua tentang kau adalah bagaimana aku nak jadi
Kebebasan engkau datang dengan semulajadi
Semua tentang kau menghasilkan kebahagian
Sekarang aku takkan biarkan nya

Beri aku
Semua ketenangan dan keriangan dalam minda kau

Semua tentang kau sakitkan dendam aku
Jiwa engkau tak boleh benci apa pun

Semua tentang kau mudah untuk di cintai
Mereka memerhatikan engkau dari atas

Beri aku
Semua ketenangan dan keriangan dalam minda kau
Aku nak ketenangan dan keriangan dalam minda kau
Beri aku
Semua ketenangan dan keriangan dalam minda kau

Semua tentang kau menghasilkan kebahagian
Sekarang aku takkan biarkan nya

Beri aku
Semua ketenangan dan keriangan dalam minda kau
Aku nak ketenangan dan keriangan dalam minda kau
Beri aku
Semua ketenangan dan keriangan dalam minda kau

Comments: (0)

Senja Baru

Burung terbang tinggi kau tahu apa yang aku rasa
Matahari di langit kau tahu apa yang aku rasa
Lalang menderu deru kau tahu apa yang aku rasa

Ini senja baru
Ini hari baru
Ini hidup baru
Untuk aku
Dan aku rasa bertuah

Ikan dalam laut kau tahu apa yang aku rasa
Sungai mengalir tenang kau tahu apa yang aku rasa
Bunga di pohon kau tahu apa yang aku rasa

Ini senja baru
Ini hari baru
Ini hidup baru
Untuk aku
Dan aku rasa bertuah

Pepatung keluar waktu tengah hari kau tahu apa yang aku rasa bukan?
Rama rama semua berseronok kau tahu apa yang aku maksudkan
Tidur dalam tenang bila hari sudah tamat
Dan dunia lama ini adalah dunia baru
Dan dunia yang teguh
Untuk aku

Bintang bila bersinar kau tahu apa yang aku rasa
Haruman dari pohon kau tahu apa yang aku rasa
Oh kebebasan milik aku
Dan aku tahu apa yang aku rasa

Ini senja baru
Ini hari baru
Ini hidup baru
Untuk aku
Dan aku rasa bertuah

Comments: (0)

Si Cela

Tatkala si cela mahu menjadi si ratu
Ia tersilap, tersadung kaki sendiri
Terpekik dari jauh suara cemuhan

Tatkala si cela cuba menjadi si ratu
Ia terkorban, terbunuh jiwa sendiri
Berselerakan darahan melolos keluar

Tatkala itu, si cela menahan semua
Tatkala itu jua si cela menjadi kuat

Comments: (0)

Si Kecil

Terjumpa anak kecil itu
Besar tapak tangan

Pengirimnya di neraka
Jahanam dijilat anjing
Bogel diratah api

Si kecil itu, teriakan
Mencari penghuni neraka

Sedang aku terus membela

Comments: (0)

Lapan Belas

Berdiri engkau dibalik cahaya
Angin yang dingin mencuba nasibnya
Menepuk batang susuk tubuhmu
Burung murai tak henti mengajak berborak

Dengan siapa hendak kubandingkan kisah kita?
Shah Jihan dan Mumtaz?
Tangisan sedih dibalik sejarah Taj Mahal
Lebih lagi akan terbina untuk engkau

Dengan siapa hendak kubezabandingkan lagi?
Rama dan Shinta?
Tentang seekor binatang ia turutkan
Satu pelosok alam akan tertangkap untuk engkau

Dengan siapa lagi perlu kita bahaskan tentang kita?
Laila dan Majnun?
Seumur hidup terpenjara tersiksa akibat terlarang
Hingga titisan darah jantan terakhir aku gadaikan

Angin semalam laju menyumbat telinga
Bisik kencang perlahan lahan
Apa lagi ada pada aku
Tiada apa dengan aku

Aku dan kau
Kau dan aku
Aku kau, aku kau
Kita?

Hari ini hari lapan belas kita

Comments: (0)

Mati

Bersenandung tika beradu
Sambil lena keroncong dan lagu
Tak sedar hati mengalamun pilu
Bukan menyendiri tapi menunggu

Awan kelabu melindung sepi
Buaian di hayun ke sana ke mari
Tangan di balut anduh bersilang
Angin gagah bertiup kencang

Mana pergi serpihan berlian
Tuah badan di jerut hebat
Menjerit meraung hanya mainan
Tak sangka yang datang maut dah dekat

Comments: (0)

Orang Tua, Kau Sudah Mati

Orang tua,apa lagi kau renungkan hari hari?
Tunggu lah,masa kau sudah nak tiba
Kau akan mati tidak lama lagi,sabar lah
Buat apa kau derita untuk mereka lagi
Yang bodoh tak berhati budi kalah binatang
Kau masih kuat orang tua,kau kuat

Kau rindu suami kau yang sekian lama pergi
Tinggalkan kau dengan benih yang kau semai
Harap suatu hari nanti kau mencapai awan
Atau setidak tidak nya membuka mata kecil kau
Untuk melihat sinar pelangi dengar warna hebat

Sekejap lagi kau akan mati orang tua,sabar lah
Aku akan pastikan derita sakit kau lenyap
Kau akan bersama yang kau harap di atas sana
Bila bunyi itu tiba,aku tutup mata kau

Bila gelap,jangan kau panggil aku orang tua
Kerna ia cuma suatu ketika sejenak kau mati
Tak akan ada duka berdarah merah pekat di dada
Kau bebas di angkat ke awan mencecah pelangi

Tinggalkan benih busuk di bawah dan humban segala memori
Biar kaca dari atas tusuk mata benih dengan kejam
Pecahkan saja tulang sang benih berderai satu per satu
Kau sudah mati orang tua,buka lah mata

Kau sudah mati orang tua
Kau sudah sampai di atas
Sentuh awan ini dengan tangan kau
Lihat dan senyum pada pelangi ini

Ini semua engkau yang punya
Bukan milik aku,sebab aku hanya tak dapat melihat
Tak dapat menyentuh sama sekali
Kau masih bertuah berbanding aku orang tua

Comments: (0)

Kita Merdeka Apa Belum?

Kita Merdeka Apa Belum?

hembus atmosfera kuatkuat
lantang jangan sekatsekat

tiup nafas dalam dalam
jangan sampai diam

kira nombor satu persatu
biar ingat semua itu

warna kertas corak corak
biar sampai berselerak

pandang mata jauh jauh
otot usah kau seliuh

angkat bibir perlahan lahan
mula kata dengan bisikan

kita merdeka apa belum?

Comments: (0)

Cukup

Berkali kali engkau ulang
Aku pilih katup sunyi sepi

Jawapan bukan dalam poket aku
Petunjuk ku sengaja hilangkan
Aku pilih katup sunyi sepi

Cukup
Aku kata, cukup

Comments: (0)

Hujung Kali

Katakan ini sebagai kecemasan
Mari sini dan sebarkan kepentingan ini
Dan tarik kami ke sana
Dan tarik kami ke sana

Dan ini adalah penghujungnya
Adalah penghujung
Bagi dunia

Dan kali ini kami linat keajaiban
Mari,ini masa mengenai Bible
Untuk tarik kami ke sana
Dan tarik kami ke sana

Dan ini adalah penghujungnya
Adalah penghujung
Bagi dunia

Putuskan kemenangan dalaman
Mari dan ubahlah kesan sejarah
Dan tarik kami ke sana
Dan tarik kami ke sana

Dan ini adalah penghujungnya
Adalah penghujung
Bagi dunia

Comments: (0)

Kanan Kiri

Petang yang basi
Aku menumpang kaki
Jalan sendiri

Kanan, kiri
Wanita itu dirobek maruahnya
Gagal pertahankan, kecewa

Kanan, kiri
Budak itu ditengking hebat
Tubuh melonjak disebat

Kanan, kiri
Bakal ibu itu terjah kedepan
Rabak diragut sang tempatan

Kanan, kiri
Gadis sunti berbogel mengadap kiblat
Merayu rayu dihadapan majikan

Tunduk rebah
Airmata jantan kalah
Singgah ke lantai, ia
Berdiri tegak, ditengah tengah
Menunggu malaikat maut
Menjemput menghadap Tuhan

Jenazah diusung keluar
Rumah baru aku, kubur itu.

Comments: (0)

Dalam Dalam

Dalam dalam ilmu engkau
Dalam lagi bodoh engkau

Dalam dalam agama engkau
Dalam lagi dosa engkau

Dalam dalam engkau
Dalam lagi aku

Comments: (0)

Binatang

Binatang mana ketuk pintu?
Angkat tangan, tunduk kepala

Binatang mana sepak pinggan?
Tarik picu, buang senjata

Binatang mana terajang jiwa?
Longgar butang, buka mata

Binatang tidak layak bersuara

Binatang jijik
Binatang keji
Binatang sial

Binatang pun ada perasaan kan Tuhan?

Comments: (0)

Bintang Itu Akan Jatuh

Bintang itu akan jatuh
Bila ia berani nanti

Dalam seribu bahasa
Terselit sejuta kata

Lagu aku terlalu murah
Untuk di pekik keluar

Hampir itu juga ia datang
Tapi masih belum berani

Bintang itu akan jatuh
Bila ia berani nanti

Kilauan terik silau nya
Ku pandang sepet mata

Angin yang menderu laju
Tahu isi hati yang layu

Burung terbang tanpa sayap
Masih berjuang tak mahu mati

Bintag itu akan jatuh
Bila ia berani nanti

Comments: (0)

Bintang

Wahai sang bintang di atas sana
Malam ini kau tak bersinar terang
Apa pula yang tak kena malam ini sang bintang?
Sang bintang rindukan sang bulan ya?
Sang bintang kelihatan muram dan kesam saja
Tiada germalapan di malam malam lepas
Mana pula sang bulan pergi wahai sang bintang?
Hari yang lepas baru saja ia megah bercahaya
Bulat dan terang kelihatan ia dari bawah sini
Bukan kah kamu berdua teman rapat dan akrab
Tidak mungkin sang bintang tak tahu mana sang bulan

Sang bintang berkata, dia ada di hati aku

Comments: (0)

Bangunkan Aku Bila Engkau Mati

Musim panas sudah tiba dan pergi
Yang bersalah takkan dapat bertahan

Bangunkan aku bila engkau mati

Seperti ayahku yang telah pergi
Tujuh tahun berlalu dengan pantas

Bangunkan aku bila engkau mati

Kini tiba hujan sekali lagi
Turun jatuh daripada bintang

Membasahi kesakitan aku lagi
Menjadi aku yang asal

yang hidup pasti menemui maut
hadir tepat pada masa kau perlu

Seperti kenangan yang tinggal
Tapi tak lupa apa yang aku hilang

Bangunkan aku bila engkau mati

Musim panas sudah tiba dan pergi
Yang bersalah takkan dapat bertahan

kau kata kau perlu dia tapi kenapa
hanya sebab kau perlu saja,bukan?

Bunyikan ia sekali lagi
Seperti yang di buat bila ia bermula

Bangunkan aku bila engkau mati

Comments: (0)

Batu

Aku tak mahu kilauan bintang
Yang megah di atas sana,silau
Selalu di puja,di minati ramai
Tak nak pula kaca dari sang angkasa
Bak lagu gubahan wani ardy itu
Kerna ia pasti menyakitkan suatu hari

Aku cuma perlukan sebijik batu
Yang ukuran nya sempurna sifat
Bukan mahu yang besar atau cantik
Cukup sekadar dapat jari ku menyentuh
Boleh aku genggam erat di kanan kiri
Tak bimbang di curi mahupun hilang
Bisa di simpan dalam nya poket
Kalau rindu,muncul kan saja ia keluar

Kalau ingin terus menatap panjang
Lukis kan saja potret batu itu di kertas putih
Biar semadi kekal abadi sampai kau mati
Kalau marah,lontarkan saja batu itu ke atas
Usah kau biar ia jatuh ke bumi pula
Kerna pasti kau akan sambut ia kembali dengan senyuman

Berjanjilah pada hanya satu batu
Bukan pada beribu ribu batu di luar sana
Kerna sang batu juga punya hati dan perasaan
Walau keras nampak di luar,ia hanya luaran
Namun dalam,siapa yang tahu,sang batu sendiri

Terima kasih batu hati ku
Aku simpan kau dalam poket
Akan ku simpan potret mu
Tak akan aku lontar kau jatuh

Comments: (0)

Berapa Kali

Ingat tak dengan apa kau kunyah tadi?
Berapa kali kau sujud ingat tuhan?

Ingat tak dengan apa kau lihat tadi?
Berapa kali kau sujud ingat tuhan?

Ingat tak dengan apa kau pegang tadi?
Berapa kali kau sujud ingat tuhan?

Ingat tak dengan apa kau hidu tadi?
Berapa kali kau sujud ingat tuhan?

Ingat tak dengan apa kau berjalan tadi?
Berapa kali kau sujud ingat tuhan?

Berapa kali?
Tak perlu jawab.
Kau sendiri yang malu.

Comments: (0)

Bangsat

Putih menangis mencari warna
Kosong merangkak mencari isi

Kemudian semua
Hilang serta merta
Seakanakan pergi
Mati menunggu hidup

Bangsat sungguh
Diajak berbogel ketika sujud
Apa bodoh, engkau

Gelap datang, gelita merajuk
Darah pekat melekit, mati

Comments: (0)

Aku Seekor Burung

Kau cantik,Itu sudah pasti
Kau tak akan pernah padam
Kau sangat cantik, tapi itu bukan pasti
Itu aku tak akan pernah ubah
Dan cinta aku sangat unik
Cinta aku memang benar

Aku seperti seekor burung
Aku hanya terbang sahaja
Aku tak tahu jiwa aku di mana
Aku tak tahu rumah aku di mana

Apa yang aku nak kau tahu
Kesetiaan kau terhadap aku buat aku menangis
Setelah sekian tahun lamanya
Dan ia sakit bagi aku untuk katakan
Yang kau tak faham aku dengan baik
Dan cinta aku sangat unik
Cinta aku memang benar

Aku seperti seekor burung
Aku hanya terbang sahaja
Aku tak tahu jiwa aku di mana
Aku tak tahu rumah aku di mana

Sayang apa yang aku nak kau tahu
Bukan aku nak ucap selamat tinggal
Hanya setiap kali kau cuba kata yang kau sayang aku
Setiap itu dan setiap hari aku tahu
Dan cinta aku sangat unik
Dan cinta aku memang benar

Hey aku cuma takut
Mungkin kita bakal jatuh

Aku seperti seekor burung
Aku hanya terbang sahaja
Aku tak tahu jiwa aku di mana
Aku tak tahu rumah aku di mana

Comments: (0)

Aku Pergi

Terima kasih.
Aku suka.
Suka tengok.

Tunggu.
Sampai mati.
Penat.
Sampai hati.

Malam.

Aku pergi.