Wednesday, May 25, 2011

Comments: (0)

Sam Episod #02

Pagi ini seperti kebiasaan. Bangun selewat yang mungkin. Itu kekuatan pabila cuti yang sedia ada. Dilengkapkan pula dengan sikap malas Sam, memang sempurna. Jam tepat menunjukkan pukul 1 petang. Sam tersedar dari lamunan mimpi indah yang direka buat hiburan dia. Sudah berminggu minggu dia lelapkan mata tanpa mimpi. Tapi kali ini berlainan. Bingkas bangun dia dari katil.

Telefon bimbit dicapainya. Mati. Dihidupkan semula.

Mata meliar Sam terus menerjah setiap huruf dan nombor dalam telefon bimbitnya. Ada sesuatu yang dicarinya. Namun hampa. Dihempas kekatil telefon itu. Kecewa. Berdengus bunyi dikeluarkan. Mengeluh panjang dengan muka yang hampa. Lalu baring semula di sisi bantal. Dang!

Melihat dia ke siling biliknya yang tidak ada coraknya. Apa ditenung masih jua tidak diketahui. Nafas panjang dilepaskan.

"Mary" , kata Sam perlahan.
"Tak mungkin". Bangun dari katil dan bingkas dicapai tuala. Mandi.

Sejuk menggigil tubuh kecil Sam yang seorang yang memang tidak tahan akan kesejukan. Pantas digeledah almari untuk mencari pakaian yanag sesuai untuk menutup tubuhnya dan hilangkan rasa dingin itu. Tee topman ungu menjadi pilihannya hari ini bersama jeans pendek separuh suku lepas lutut.

Zapp. Zip ditarik. Kemas.

Memang takkan ada sikat didalam bilik Sam. Rambut itu sudah lebih kurang sepuluh tahun ditinggalkan tanpa sikat. Memang itu Sam suka. Minyak rambut mahupun gel pun tidak dibubuh Sam. Cukup semburan pada rambutnya. Dia lebih selesa dengan itu.

Terdiam sekejap Sam. Cuba memikirkan apa yang ingin dia lakukan. Dicapainya telefon bimbitnya. Dicari cari dan jumpa. Butang ditekan. Panggilan dibuat.

"Hello" - Sam memulakan.
"Sam,lama tak dengar cerita..." - Kate menyambung.

15 minit yang singkat bagi mereka. Panggilan akan dimatikan. Sam cuba memulakan. Niat awal nya. Bertanya.

"Text aku nombor Mary boleh?" - Sam bertanya.
"Hah? Err,okay" - Kate serba salah.

Menunggu mesej dari Kate. Sam sabar. Komputer riba dihidupkan dan rutin harian diteruskan. Namun dia masih menunggu dan menunggu. Berkhayal sebentar Sam depan komputernya. Memikirkan mimpi semalam. Mimpi yang menyebabkan dia merenung tepat siling, mencari nama dan nombor, dan panggilan dibuat untuk Kate. Itu semua kerana mimpi. Mimpi Mary.

Bzzzz! Getaran. Mesej diterima.
Oleh Kate. Ada nama Mary didalam mesej itu.
Save, tindakan pantas oleh Sam. Padam semula skrin telefon bimbitnya.
Mungkin bukan hari ini, mungkin esok lusa. Dia tidak tahu. Tidak tahu.

Comments: (0)

Sam Episod #01

Malam ini seperti biasa, Sam akan bersosial lagi. Bukan diluar tapi cuma di alam maya. Ditekan kekunci kibod log masuk lelaman sosial itu.

Enter, di klik tetikus ke butang tersebut.

Dibelek teliti halaman rumah laman sosialnya malam ini, lima permintaan menjadi rakan diterima. Diterima sahaja oleh Sam. Bukan mereka nak berkawan, sebab gambar avatar aku adalah imej seorang aktres indonesia, itu sebab utama. Mungkin.

Notifikasi dibalas satu per satu tanpa jemu. Itu rutin harian Sam sejak dia bergelar pelajar yang menerima cuti panjang akhir semester. Tawaran kerja masih ditunggunya. Buat masa ini, hanyalah komputer ribanya menjadi teman sejati. Teman wanita memang tak wujud lagi dalam kamus hidupnya.

Ahhh, diteguk air sejuk. Mengalir terus kedalam. Lega rasanya.

Malam ini sunyi. Garis masa twitternya juga tidak selaju hari hari sebelumnya. Tiada topik yang menarik hendak ditegur oleh Sam. Dia cuma mampu menghentam butang F5 di papan kekunci nya sahaja. Itu lah hidup Sam selama cuti ini. Malam makin gelap dan dia mula terlelap. Matanya kian rapat menutup dan kini dia dibuai enak mimpi.

Selamat malam Sam.

Comments: (0)

Durjana

Engkau siapa untuk membalas baik buruk seseorang
Cuma makhluk yang lemah datangnya sifat engkau
Tidak gagah jika kau lontarkan kata kata kesat sifatnya
Engkau pesong biarkan pesong sampai bila bila
Tak ke mana jua cinta yang engkau genggam selama ini
Empat juta kali engkau ungkapkan rasa itu, hakikatnya
Hakikatnya tetap jua engkau sang wanita, yang lemah
Bukan aku megah kerana perbezaan jantina
Tapi aku hairan jika engkau mengaku engkau lemah
Cuma perumpamaan kosong nenek moyang kita
Demi membezakan siapa ketua diantara kita
Bukan beerti engkau selemah lemah kaum didunia
Tidak juga menunjukkan kami agung dimuka bumi
Kita semua sama sahaja, punya hati punya jiwa
Punya segalanya yang melengkapkan kita sebagai insan
Fitrah kita ingin bercinta,ingin dibelai dikasih dimanja
Namun jika salah pilihan bencana besar bakal menimpa
Kisah akan berulang dan berulang sampai bila bila
Hari ini kau kecewa esok lusa pasti lagi kecewa
Jika tidak engkau ubah paksi diri hari ini
Itu yang bakal engkau temui masa hadapan
Jangan salahkan mereka yang pernah bersama engkau
Kerna mereka cuba betulkan kesilapan semalam
Mereka berpaksi pada yang benar dan mutlak
Aku cuma manusia biasa yang kasihankan sejenis engkau
Mereka sempurna dan baik sifat, cuma sedikit terkeluar
Landasan yang diambil membawa ke arah durjana
Durjana yang akan engkau kongsi bersama sama kamu
Pulanglah tinggalkan semua kesilapan semalam
Bangkit dan tanamkan isi hati, engkau semua juga biasa
Kini, aku terima dia, dia buang durjana itu
Airmata yang engkau curahkan semalan buat aku sedar
Betapa sakitnya perasaan yang engkau cipta dahulu
Buat insan yang sama dengan engkau, yang tak mungkin
Dalam hati aku berjanji, senyuman pasti untuk engkau
Bukan tangisan sayu lagi buat engkau, aku janji, aku janji
Semoga aku kuat menjalankan tugas dan misi aku untuk kau