Saturday, May 14, 2011

Comments: (3)

Maaf

Semalam, kita melontar kata kata
Kononnya berkongsi kisah suka duka
Namun hanya cereka lama yang ada
Suasana berubah dari tinggi jadi rendah
Tapi hari ini ku mula sedar bahawa
Bahawa kau bukan kau yang kini bersamaku
Dan aku lafaz kata sesal kesal maaf, semua
Lantas air mata aku titiskan pabila menulis
Jatuh satu demi satu menjunam graviti
Sayang, sudahlah sayang, lupakan
Lupakan sahaja semua itu
Sudah lah sayang, sudah
Sudah jangan menangis
Cuba engkau lihat atas sana
Lihat pada keindahan pelangi
Dan kenangkanlah detik indah itu
Kenangkan segala memori kita berdua
Oh sudahlah sayang
Sudah jangan menangis
Kerna aku selalu hanya untuk engkau
Dan aku angkat jari lalu bersumpah
Aku takkan pernah tinggalkan mu
Aku janji, aku janji

Wednesday, May 11, 2011

Comments: (0)

Telanjang

Terang terang bersama rasa
Rasa enak engkau dendangkan
Lapan hari berdiri tegak diam
Umpama sebatang tiang bendera
Kota kota habis diranapkan
Si bangsat jalanan kotori semua
Si gadis kau telanjang bulatkan
Kau robek maruah dalaman mereka
Kau tusuk sembilu kedalam mata
Kau conteng arang kemuka ibubapa

Lepas lalu engkau tertawa bahak bahak
Syaitan durjana keturunan engkau
Busuk jiwa longkang isi hati berkarat
Pukimak laungan sebati untuk dirimu
Tajam lembing teman baikmu, tajam
Walau kau tunduk bertopeng imam
Parut dimuka tetap cerita yang sama

Lampau silam puaka celaka engkau
Sama sahaja binatang buas di rimba
Kau tidur dalam kandang bergerigi besi
Makan berebut dengan yang lain
Biar engkau mati terpenjara di sana
Engkau berhak untuk segalanya

Tuesday, May 10, 2011

Comments: (0)

Turun Naik

Lontarkan ke dalam tong sampah
Namun masih ada yang sayang
Tepukan gemuruh hanya menang sorak
Penat bekerja ganjarannya tak setimpal

Halal atau tidak, kerja itu
Mati akal dalam kotak kepala
Kepala otak terpaku terbisu
Atau sengaja tercegat disitu

Kembalikan kegemilangan kami
Depan mata hadirkan pasti
Sekarang juga bukan nanti
Lepas semua prasangka dengki
Mati hati akal raga diratah gelap

Kau aku buat apa bersatu
Kalau satu jadi pecah banyak
Kenapa perlu engkau tolak
Bila engkau jatuh aku naik
Prinsip engkau jauh kedepan
Aku ditinggal engkau ketawa
Jangan risau aku kayuh depan
Perlahan langkah tanpa lelah
Engkau berhenti rehatkan diri
Aku terus laju pergi, melewati
Kini aku lagi tinggi, benar tinggi
Tunduk engkau kepada aku
Usah gentar aku bukan sepertimu
Kita tetap macam yang dulu, Ya

Comments: (0)

Bajingan

Halau saja aku kalau betul engkau tak suka
Tak perlu bahasa kiasan hidup zaman moden
Ego tinggi melambung melarat satu dua meter
Genggam bara api lepas itu makan sendiri
Markah kau lebih satu dua jangan fikir bagus
Kelak ada masa aku potong sepuluh dua puluh
Bukan hambakan sistem tapi paksikan markah

Cuba buka mata kita sama satu kulit, sama saja
Harap harap baik, bukan puja tapi mohon
Pendek masa sempat tiada punya, tiada
Kecik besar jangan kau pandang atas bawah
Buang hitam segala putih engkau corak
Mangga diri sendiri lantas buang kunci itu
Biar engkau mati sesak nafas seorang diri

Siapa engkau aku nak bantu, nak tatang
Bajingan anjing yang kotor jijik engkau itu
Hambakan markah lebih dari taulan sejuang
Harapkan senyuman ikhlas, palsu kau semat
Satu dalam tangan, menunggu lima yang lain

Monday, May 9, 2011

Comments: (0)

Kisah Lama

Kau cuba menipu dengan pakaian dalam
Oh kau gembira di katil seseorang yang asing
Diam itu berbau bahaya dan menakutkan
Menjadi penyebab daya deria memuncak
Aku punya sepuntung rokok kering
Cuba untuk melupakan, Semua
Kenapa ia berakhir seorang diri
Kenapa kita berakhir dengan mati

Oh ya pagi Ahad hujan mencurah rebah
Aku percaya melihat akhir semua ini
Aku dapat penawar dari semua itu
Dan segala rahsia kotor selama ini
Menunding kearah semua nama
Pagi yang suram selepas terjadi
Berjalan menunduk rasa arang dimuka
Oh kau pengakhir untuk aku
Aku mayat untuk kisah engkau
Gembira hati bila sengsara datang
Mahu melihat pemandangan sudut
Aku dapat penawar dari semua itu
Ada sesiapa pabila aku sendiri
Ada sesiapa pabila aku berada di atas

Tahu betapa sakit punah rabak aku
Kau patahkan tulang penyokong ku
Dengan rakus kau ratah satu per satu
Takkan pernah cuba dekati engkau
Wahai si kisah lama
Takkan pernah mati demi engkau
Wahai si sang egois

Comments: (3)

206 Pagi

Dua kosong enam detik mula
Tangan diatas kekunci papan
Menghayun jari kanan ke kiri
Objek berbilah lima terus gagah
Gagah berputar tanpa hentinya
Setia untuk paksi graviti hidup

Mendung telan cerah semalam
Ambil alih tugas hari ini dan esok
Turunkan butir rahmat ke bawah
Agar langkap putaran sfera kita
Bunyi loceng bising itu berkata
Lupakan setahun yang lampau
Kembali berjuang bertahun yang datang

Ego yang lepas buang jauh keatas
Biar bersepai jatuh ke lantai, punah
Engkau punya ramai taulan
Ramai konco berpaksikan minat
Berkongsi riang dalam kau berduka
Untuk apa kau tunggu si dia
Sia sia waktu kau habiskan
Buka mata pandang dalam dalam
Insan itu layak dibakar rentung
Api yang marak berhak menelan
Kau lontarkan senyuman sinis
Untuk apa kalau dalam masih luka
Rabak sekali kau separuh nyawa
Ditinggal separa bernafas dalam gelap

Genggam tangan si cahaya kehadapan
Lukis corak indah pada kertas putih
Warnakan tona tona hidup yang baru
Lepaskan jeritan kuat lantang padu
Kau adalah aku, Ya aku yang dulu

Sunday, May 8, 2011

Comments: (0)

Songsang

Lambat cakap memang begitu
Hati layu suram suam kuku
Nak salahkan diri sendiri tak guna
Kau kata aku, aku kata kau
Dulu kau satu, kini dua turun sudah
Yang songsang arus nya pula
Bukan silap diri nya jua
Namun sepatah kata senyap tiba
Langit biru pun gelap bertandang

Tak, kau bukan siapa siapa aku
Aku ini sepenuh masa sunyi
Si lelaki penembak tepat yang keji
Hina sebati dalam darah kotor ini
Curah segala terik pancaran suria
Menghadap tinggi yang berkuasa
Tangan diarah tadah penuh insaf
Kau berikan aku cahaya, katanya
Tarik kudrat aku sekarang juga
Empat dekad aku menanti engkau
Kini aku terus mengundur tewas

Comments: (0)

Tembak

Satu dua tiga empat
Tembak tepat!
Bergerak ke depan manusia
Pandang belakang jangan sekali
Biar sakit tinggal yang silam
Kau bukan kau yang dulu
Bukan manusia
Tarik picu tarik picu
Tembak tepat!

Biar simptom babi mereka serang kau
Punahkan jiwa raga songsang diri
Peduli kata cacat cela maki hamun
Persetankan lantang suara menghasut
Bingkas bangun tangan ke atas
Tarik picu lantas jerit kuat
Tembak tepat dua kali
Tembak tepat