Friday, September 9, 2011

Kispen : Roti Coklat Lelabah

Petang itu merupakan hari yang sangat panas bagi Andy. Selalunya petang sebegini pasti ada hujan yang turun. Tapi hari ini, Kota Andalusia sepi tanpa titisan hujan. Yang ada cuma bahang mentari yang kian meratah struktur kulit pipinya. Andy punya kulit yang putih galaknya seperti seorang lelaki yang kacukan dengan orang Belanda. Memang benar, ibunya memang mengahwini seorang pedagang yang datangnya dari Belanda. Itu sebab namanya Andy. Kalau tidak, namanya hanyalah Adi. Itu semua kerana mengikuti kata ayahnya.

Bulan ini Andy cuma tinggal dengan ibunya di rumah usangnya. Rumah milik ayanhya itu cuma didiami mereka berdua. Memang bosan apabila hanya ada dua orang dirumah. Andy lebih gemar naik kebumbung bangunan rumahnya. Dia selalu duduk berehat di atas sana keseorangan sambil melayan komik kegemarannya, Superman. Dia teringin menjadi seperti Superman yang boleh terbang ke sana ke sini. Itu impiannya.

"Kan best kalau dapat terbang. Jauh aku terbang nanti"

Perutnya berbunyi. Tanda Andy sedang lapar. Hari ini tak sama macam bulan yang lain. Dia memegang perutnya dengan tapak tangannya.

"Aduh, laparnya perut aku"

Andy tak tahan lagi. Dia berjalan ke penjuru bangunan. Melihat sekeliling dengan liar bagai sedang mencari sesuatu. Penglihatannya terhenti, dia tersenyum. Dihulurkan tangan kanannya ke bawah.

"Zappppp"

Dia hampir terlupa yang dia adalah seorang Spiderman. Dikunyahnya roti yang baru dia capai menggunakan sarang lelabahnya. Roti berperisa coklat kegemarannya, bersama sekotak air laici sejuk. Ini kali pertama Andy meninggalkan puasa. Alasannya cuaca yang panas.

0 suara balas:

Post a Comment