Monday, September 5, 2011

Kispen : Raya Rumble

Satu peristiwa berlaku, kisah pendek lakonan semula antara satu keluarga.

Tanti bergaduh dengan Salim, adik iparnya. Punca pergaduhan mereka adalah akibat anak lelaki Tanti, Izzmail kalah dalam permainan video bola sepak apabila dia ditewaskan dalam perlawanan itu. Dan Izzmail mula tidak puas hati dan mencari gaduh dengan Salim, si bapa saudaranya.

Akibat sayangkan anak yang teramat sangat, Tanti lantas memarahi Salim kerana telah membuat Izzmail menangis. Tanpa alasan yang kukuh Salim ditengking dan dimarah teruk oleh Tanti.

Hari itu merupakan ramadhan terakhir menjelang esoknya aidilfitri. Suasana sangat tegang. Tanti yang tadinya sedang memasak, terus pulang kerumah akibat berang.

Pelakon :

Norhayati Abdullah sebagai Tanti
Xalleh Razax sebagai Salim
Izzuddin Razali sebagai Izzmail

0 suara balas:

Post a Comment