Monday, September 5, 2011

Kispen : Lembaga Hitam Putih

Kayla merenung tajam kearah sisi cermin yang melekat di tepi dinding selari dengan wajahnya. Diperhatikan ia makhluk yang berterbangan itu. Laju ia memecut meloloskan diri. Kali ini, masuk kali ke lapan ia berjaya meloloskan diri.

Dihembusnya nafas dalam-dalam.

"Fuhhhh"

Kayla mencapai senjatanya yang setia tersemat dipinggang sebelah kirinya. Dihulurnya botol besi itu ke tangan sebelah kanannya. Kali ini Kayla benar-benar tekad. Tekad untuk menghapuskan makhluk itu. Dia sudah tidak tertahan lagi dengan binasa yang dicipta makhluk berbelang-belang itu.

"Satu, dua, tiga !"

Kayla memerhati cermin dua tiga saat. Selang itu dia terus meluru melajukan langkah. Terpusing kepala Kayla mencari-cari makhluk yang kini bergelar lembaga hitam belang putih. Kekiri kekanan Kayla mencari. Hilang.

"Celaka !"

Panjang hela nafas Kayla. Kecewa dengan tindakannya lagi.

"Bzzzzzz bzzzzzzz"

"Hah tu pun kau, mati kau nyamuk !"

Kayla lincah menekan punat botol racun penyembur berjenama Ridsect itu. Kali ini gasnya tepat menuju ke kepalanya.

Selang empat minit selepas itu, Kayla tersenyum sendiri. Lalu dia terbahak-bahak sendirian sambil menarik selimut di petak katil merah jambunya.

0 suara balas:

Post a Comment