Friday, August 5, 2011

Pucuk Semalam

Sepucuk pesanan gigih ku sulam
Dahulu, buat pemilik tubuh mugil
Wanginya bisa mati sistem saraf
Matanya boleh buta pandangan

Terbasahnya pohon papirus
Dek tajam tumpul hujung pena
Sulaman aku kikis berulang ulang
Berulang terus sulaman aku, engkau
Campak buang masuk tembus balang

Sepucuk khabar tegar ku semai
Kini, buat pemilik wajah usang
Serinya masih bikin dunia senyap
Bunyinya tetap pekak segenap sisi

Pucuk pucuk semalam masih berbau
Pucuk pucuk semalam tidak terbakar
Pucuk pucuk semalam segar tulisannya

0 suara balas:

Post a Comment