Tuesday, August 2, 2011

Oh Mona

Hidup setiap harinya memang sudah tercatat dalam nota kaki Tuhan. Mona Fendy kini sudah mula sedar akan khilaf lampaunya. Dia mula sedar tentang apa ertinya nikmat kehidupan. Siapa yang boleh lupa tragedi hitam berdarah Mona. Dia adalah satu fenomena yang luar kotak akal. Dia mencipta segala hidupnya dengan asap dan kalimat keramatnya.


Hari ini genap 20 tahun susuk tubuh kurus cengkung itu terkurung didalam kandang besi yang busuk hapak baunya. Lambaian tepat kearah penjaga pintu gerbang sebesar pintu kota istana, Mona terus melangkah pudar kehadapan.


Dirumahnya, Mona keseorang. Suaminya telahpun meninggalkannya. Tali gantung menjadi senjata kematian lelaki kesayangannya itu. Mona terlepas daripada tuduhan yang diciptanya sendiri. Membunuh itu makanannya. Dia selalu dahagakan darah pekat lelaki muda.


Diam.


Mona kini bukan Mona yang dulu. Mona yang dulu tidak pernah menyentuh tikar sejadah. Namun kali ini, tepat waktu azan berbunyi, Mona lakukannya. Mona menadah tangan. Mona kesal. Titis titis airmata betina garang jatuh menemani pipi. Mona kesal.


"Krinnggg kringgg"


Jam loceng menjerit kuat. Kelopak mata terkejut dibuka. Muka Mona pucat.


Ada yang tak kena. Kepalanya seakan akan ditetak tetak.


Mona cuba menahan kesakitan itu.


"Arghhhh"


Keluh suara betina Mona menahan. Sakitnya tak teramat dan tak tercapai akal. Mona cuba diam, tapi sepasang mulut dan lidahnya tidak beri peluang. Mona rebah, Mona tak berdaya lagi. Mona perlu dirawat segera. Kalau tidak,maut bakal meragutnya.


Mona tidak peduli, Mona redha. Jauh dalam benak kotak fikirannya, inilah balasan terhadap dosa dan khilafnya yang lampau. Ini yang harus dia terima, inilah masanya.


Mona terdiam. Kepalanya henti ditetak. Cuba berpusing, selesakan susuk badan.


"Fuhhh.."


"Fuhhh.."


Lega wanita yang mempunyai berat badan cuma 43 kilogram itu. Mona berbaring sambil melihat pantulan cermin muka. Tegak menghala mukanya. Ditatapnya dalam dalam wajah tuanya itu. Kalau dulu dia boleh berbangga dengan wajahnya. Kini tidak lagi.


Mengimbau kenangan Mona semasa dia menjadi orang kenamaan suatu ketika dulu. Mona seorang wanita yang bersuara lunak.


Dia menjadi kegilaan ramai. Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, semua penyanyi terkenal pun kenal susuk muka Mona. Mereka pernah berkolaborasi bersama. Mona pernah merangkul pelbagai Anugerah. Anugerah yang paling besar dalam sejarah hidupnya adalah Anugerah Bintang Paling Polular selama lima tahun berterusan.


Dia lagenda dalam dunia seni tanahair. Satu dalam beribu, itulah Mona.


Mona menjatuhkan semula airmata betinanya.


Rindukan zaman zaman silamnya dulu.


Rindu. Kesalkan dengan kesilapan lampau yang sebenarnya.


Dia sedih.


Mona terhanyut didalam kenangannya itu. Mata ditutup rapat agar tiada ruang menembusi. Senyap. Kosong, tiada bunyi yang bersuara.


Mati. Mona mati. Mati dalam tidurnya.


Kali ini tidurnya tidak sama dengan yang sebelumnya. Kali ini berbeza. Mona berjumpa lelaki kesayangannya. Latarbelakang gelap. Bising dan bahang keadaannya.


Samar samar kelihatan muka lelakinya itu. Berparut dari muka hinggalah ketubuh badan. Berbekas panjang dan luka sana sini. Mona tidur selamanya. Mona sudah berjumpa lelakinya, dia akan menerima sisa sisa dosa yang dicipta. Dialah pengarah dalam opera kehidupannya.


Mona tidur untuk selamanya.


Pihak berkuasa menemukan tubuh seorang wanita lewat 50-an di sebuah rumah kosong. Mayat wanita berkenaan dipercayai figur Mona Fendy yang baru sahaja seminggu meninggalkan penjara.


Mona Fendy terlepas daripada tuduhannya yang sabit kesalahan membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika didapati bersalah. Tuhan lebih sayangkan dia.


Tuhan sudah mencatat kematian Mona. Bukan ditali gantung, bahkan dirumah usangnya itu. Tempat dimana Mona sering melakukan siri pembunuhannya.


Kisah Mona Fendy yang suatu ketika dahulu merupakan satu fenomena, kini tamat. Dirumah usang menjadi saksi, dihadapan cermin mukanya.


0 suara balas:

Post a Comment