Monday, August 22, 2011

Kispen : Sejarah

"Buka mukasurat 74 semua"

Ujar Daisy Rani kepada pelajar kelas 4 Dinamik. Daisy Rani atau lebi popular dengan nama Cikgu Dezi, merupakan salah seorang guru mata pelajaran sejarah di Sekolah Wira Bakti. Sekolah yang dikategorikan sebagai sebuah sekolah contoh dimana peratusan pelajarnya yang cemerlang dalam semua jenis peperiksaan hampir mencapai 80 peratus.

"Zaid, apa maksud kemerdekaan ?"

Soal Cikgu Dezi kepada seorang pelajarnya yang berambut ikal itu. Zaid adalah seorang murid yang sangat malas mendengar segala ilmu yang diajar oleh guru-gurunya. Dia juga malas membuat segala kerja rumahnya apabila disuruh buat. Tapi yang peliknya, setiap kali ujian atau peperiksaan, dia selalu mendapat markah yang tinggi berbanding rakan-rakannya yang lain.

"Saya, cikgu ?"

Sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke dadanya, dia bertanya. Cikgu Dezi yang memang mahukan jawapan dari mulut Zaid, mengangguk setuju.

"Ya, awak Zaid"

Zaid bingkas berdiri daripada kerusinya apabila pasti namanya dipanggil oleh Cikgu Dezi. Tanpa mengangkat buku teks pinjamannya itu, dia langsung diam. Tak terpancul keluar darinya sepatah kata-kata, malah jawapan.

"Merdeka.. Bebas bagi kita untuk buat apa yang kita suka"

Jawapan spontan Zaid setelah hampir seminit berdiri tanpa apa-apa kata. Cikgu Dezi berang. Mukanya merah mendengar jawapan Zaid yang agak biadap baginya. Zaid diam. Kawan-kawannya mula ketawa kecil dengan jawapan yang Zaid berikan. Semua berbisik-bisik sambil menahan geli hati.

"Awak ni Zaid, macam mana nak jawab exam nanti ? Nak gagal ke ?"

Perli Cikgu Dezi pada Zaid yang semakin tunduk. Punggungnya masih lagi belum terlekat pada kerusi. Dia masih tercegat setia mendengar omongan Cikgu Dezi.

"Kenapa diam ? Jawab, saya tanya ni"

Herdik Cikgu Dezi dengan lantang. Kali ini dia benar-benar berang tak tertahan lagi. Kerana setiap kali disoal, Zaid tidak pernah memberikan jawapan seperti yang dikehendaki.

"Saya belajar sejarah bukan sebab nak lulus exam cikgu. Saya nak faham sejarah betul-betul. Saya tak pernah faham apa yang cikgu ajar, berbelit-belit"

Jawab Zaid spontan sekali lagi sambil membelek-belek tali leher yang tidak ditarik tinggi di lehernya itu. Lalu dia segera melabuhkan punggung. Kali ini teman-temannya terbahak-bahak tak tertahan rasa geli hati dengan jawapan Zaid. Bising seluruh suasana kelas tak terkawal. Sehinggakan guru kelas sebelah datang menenangkan keadaan. Cikgu Dezi cepat-cepat keluar daripada kelas. Dia terpukul dengan jawapan itu. Dia sangat malu.


0 suara balas:

Post a Comment