Monday, August 15, 2011

Kispen : Ramadhan Pertama

Menjeling mata Saiful tepat kearah kakaknya Sofie apabila masing-masing terlihat bungkusan plastik yang dibawa pulang oleh abang mereka, Sufian. Initial nama yang lebih kurang sama itu adalah idea ibu mereka yang turut berinitial huruf S dihadapan, Sufiah. Tujuan sebenar ibu mereka memberi nama yang diawali huruf yang sama adalah untuk memudahkan sesiapa yang mahu memanggil nama mereka. Alasan yang dapat diterima pada zaman pasca moden sebegini.

Disudut paling hujung kelihatan Alia, isteri merangkap rusuk kiri Sufian yang sedang mendukung rapat cahaya mata sulung mereka bernama Sarah. Budak perempuan kecil yang sangat pintar akalnya. Ada sahaja helahnya untuk mendapatkan sesuatu yang ingin dimiliki.

Petak meja itu penuh dengan pelbagai jenis makanan. Ada yang dimasak sendiri oleh pembantu rumah mereka. Bibik Tuty sudah dua tahun berkerja bersama keluarga mereka sejak Saiful baru menjejakkan kaki ke sekolah menengah lagi. Dia lah yang selama ini menjaga dua beradik kecil itu yang sangat degil lagi nakal. Mereka sangat rapat. Lumrah lah jika sudah terlalu rapat, pasti ada pertelingkahan sesama sendiri. Tapi setiap kali mereka bertekak, ada saja Bik Tuty untuk mendamaikan mereka.

"Apa tu bang ?"

Tegur Saiful kepada abangnya yang baru saja pulang dari tempat kerjanya.

"Ayam golek je dik"

Jawab Saiful pantas yang sudah agak adiknya akan bertanyakan soalan. Saiful tersenyum. Dia memandang kakaknya, saling berbalas senyum. Dua anak itu memang sukakan ayam, kalau diberi ikan, tak akan disentuh langsung mereka. Sejak kecil memang mereka berdua gilakan ayam. Lagi-lagi ayam golek tepi simpang rumahnya itu. Kegemaran.

"Eh dah azan lah. Mak, nak kurma"

Minta si Saiful kepada ibunya.

Ibunya menghulurkan sekotak kurma kepada anak bongsunya daripada arwah suaminya yang baru sebulan pergi meninggalkan mereka akibat serangan sakit jantung. Ini ramadhan pertama mereka tanpa Abas, lelaki juara kelas satu. Sampai mati tetap duduk paling atas dalam hati mereka.

"Atok ! Atok !"

Mata-mata memandang kearah Sarah yang daripada tadi lantang menyebut perkataan yang sama. Berulang-ulang jeritnya. Suasana menjadi hening sebentar. Semua mereka tergamam melihat gelagat Sarah, si budak perempuan yang bijak itu. Senyap masih lagi mereka, terkunci mulut untuk keluarkan kata-kata. Bising yang tadi terus bertukar sunyi. Ia sama seperti sunyinya dewan peperiksaan akhir yang berlangsung beramai-ramai dihadapan guru-guru yang paling garang di sekolah itu.

"Atok ! Atok !"

Sarah masih mengulangi kata-katanya. Dengan senyuman yang terukir pada bibir budak perempuan kecil itu, ianya terjawab. Dia masih disana. Masih tetap disana.

Airmata ibu Sufiah bergelinang terbit melepasi pipi. Saiful dan Sofie masih khusyuk meratah tulang-tulang ayam golek.

0 suara balas:

Post a Comment