Sunday, August 14, 2011

Kispen : Panji

Kaki kiri Farel terlekat pada injak clutch, menggigil. Sejak daripada dua pusingan yang tadi kakinya asyik menggeletar. Sebuah telefon bimbit Samsung berada dicelahan pehanya. Telefon bimbit itu dibelinya setahun yang lalu hasil daripada gajinya yang tidak seberapa itu. Masih gagal lagi dia menggerakkan roda sebuah kereta kancil manual berwarna putih itu. Masuk ini sudah empat kali enjin kereta itu mengerang untuk dihidupkan. Ternyata masih lagi gagal.

"Bajingan ini mobil"

Maki si Farel seperti meludah kahak ke muka. Dia yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak kecil itu memang mempunyai sifat yang panas baran. Di tempat kerja, tiadak ada siapa pun yang berani menegurnya membuat silap. Jika ada pun, itu cuma majikannya sahaja. Selebihnya hanya akan diam tak menegur.

"Kenapa bang ? Tak dapat start enjin kereta lagi ke? Sini biar saya cuba"

Kata Sam yang dari tadi cuba lelapkan mata kerana mengantuk. Manakan tidak, daripada semalam dia masih lagi belum lelapkan matanya. Menghadap komputer ribanya dua puluh empat jam tanpa henti. Sam bersarjana muda dalam bidang komputer. Dia mempunyai alasan yang kukuh untuk menghadap komputer tapi bukan alasan untuk langsung tidak tidur. Sam mencuba hidupkan enjin.

"Haaa, boleh pun. Abang kena free kan gear dulu lain kali"

Sam melantun kata sambil tersenyum kearah Farel yang baru pertama kali memandu dalam seumur hidupnya. Mana tidaknya, dia datang daripada keluarga yang susah. Malah terpaksa menanggung keluarga besarnya dikampung.

"Wah ada benderalah. Merdeka! Merdeka!"

"Ya lah, semua pun ada, eh kejap nak tengok kita punya kereta ada ke tak"

Sam cuba keluarkan kepalanya lolos cermin sisi dan terus matanya tepat mencari panji melintang merah putih. Ditoleh depan belakang. Hampir seluruh pelosok bumbung dia renung cari, tidak berjumpa juga.

"Tak ada lah bang. Belum letak lagi kot"

Sam kembali masukkan kepalanya kedalam kereta dan melaju punggungnya menyentuh kusyen yang diperbuat daripada kulit beruang itu.

"Apapaan ini orang, ngag ada semangat. Kalau dinegaranya gue, satu bulan sebelum merdeka orang-orang udah mulai pasang, tapi ini lagi dua hari kagak ada juga dong panjinya"

Sam cuma mampu menyimpan gelaknya melihat telatah lucu abang Farel yang datangnya dari Tanah Besar Indonesia. Namun betul juga katanya, Sam bersetuju dan terus tersenyum. Sinis.

0 suara balas:

Post a Comment