Wednesday, August 24, 2011

Kispen : Matahari Jingga (Kirana)


"Kirana, aku penat lah. Kau ni jalan laju sangat. Tahu lah kaki panjang macam zirafah"

"Bukan aku yang laju, kau tu yang lembap"

Mereka berdua berjalan menuju sebuah bukit dibelakang kampus. Bukit itu lah tempat mereka selalu menghabiskan masa berdua. Setiap hujung minggu pasti akan kesana.

Kirana yang berpakaian serba hitam duduk bersandar ditepi sebatang pokok rendang berdiri tegak dipuncak bukit itu. Sam yang baru tiba dipuncak menghembus-hembus nafas menunjukkan lelah yang tersekat disetiap lorong trakeanya.

"Eh kau tahu tak Sam, sem depan yuran kolej kita naik ?"

"Eh, ye ke ? Siapa cakap dengan kau Kirana ?"

"Kau tak tahu ? Kawan sebilik aku yang cakap. Kau ni macam kelapa dalam tempurung lah, semua benda pun tak tahu"

Sam gelak serta merta.

"Bodoh, katak dalam tempurung lah"

Kirana yang sememangnya selalu saja tersasul dalam perbualannya. Dia sering diejek-ejek oleh rakan-rakannya yang lain. Tapi Kirana tak ambil hati kerana itu merupakan perkara yang unik baginya. Tak pernah sekali Sam mengajuk gaya cakap Kirana apabila dia tersasul. Sam cuma menegur dengan gayanya yang kasar itu.

"Eh cantik panda yang kau sangkut kat handphone kau tu Sam"

"Mestilah cantik, kau juga yang bagi"

"Kau suka tak panda tu ?"

"Suka gila, comel macam muka kau, nasib baik kau bukan hitam putih. Kalau tak dah serupa dah aku tengok"

"Celaka kau Sam, aku manusia, panda tu bintang"

Sam terbahak-bahak tak tertahan gelak mendengar rangkap akhir Kirana. Sambil memegang perutnya, dia menegur.

"Panda tu binatang, bukan bintang. Bongok"

"Alaa kau, silap sikit je nak attack aku. Macam tak biasa pulak kau ni"

Mereka berdua ketawa tak henti-henti. Inilah rutin mingguan mereka. Bertemankan sebatang pokok, mereka bebas bercerita apa saja.

"Kau tahu tak, sebab tu aku sayang kau Kirana. Kau ni lucu"

"Hahaha, yelah tu Sam"

"Ya lah, aku sayang kau sampai aku mati. Tahu kenapa ?"

"Sampai kau mati ? Kenapa ?"

"Sebab, kalau aku sayang kau sampai kau mati, nanti aku sayang orang lain. Hahaha"

"Celaka kau Sam"

Sam cuma mampu ketawa dan terus ketawa. Inilah masanya dia melepaskan segala tekanan sewaktu belajar berhari-hari. Inilah tempat yang bebas baginya melakukan perkara yang selalu dia inginkan bersama Kirana, hatinya.

"Ah, aku nak terkencing, ketawa banyak sangat. Tak tahan dah ni"

"Baik kau kencing kat belakang semak tu. Kalau tak nanti kau boleh dapat batu kaang kang"

"Hahahaha. Batu karang lah ! Batu kaang kang kau ! Hahaha"

"Tersasul lah, sikit pun nak kecoh, macam pondan lah kau Sam"

"Dah jom balik, kau belanja aiskrim kan ? Hehehe, sayang kau Kirana"

Laju langkah mereka menapak turun dari bukit yang tinggi melangit itu. Perjalanan pulang kali ini sangat bermakna bagi Sam dan Kirana. Hari minggu adalah hari bulan madu yang terunggul bagi mereka.

"Tengok panda tu kejap Sam"

"Nak? Kejar aku dulu"

Berkejaran dua anak muda pertengahan usia itu ditepi-tepi jalan. Sambil matahari jingga cuba melarikan diri memberi izin cahaya terang bulan mahupun gemerlapan bintang menggantikannya.

0 suara balas:

Post a Comment