Wednesday, August 17, 2011

Kispen : Kapal Pak Mail

Petang ini hujan lagi. Merungut Pija yang sememangnya gemar menghadap komputer ribanya. Model keluaran negara penjajah, Jepun. Itu kisah lama nenek moyang kita. Berwarna putih kemerah-merahan komputer riba Pija. Tapi hari ini hujan lagi seperti hari-hari sebelumnya. Pija keluh panjang.

"Hujan hujan hujan, hari-hari pun nak hujan. Pelik betul aku"

Hari itu Pija tinggal seorang dirumah. Ibu dan kakaknya keluar sejak pagi tadi. Katanya ada urusan yang hendak diselesaikan. Tapi Pija tahu yang sebenarnya mereka cuma keluar ke kompleks membeli belah. Rutin mingguan mereka. Pija mula bosan. Diintainya celah jendela merah jambu yang terpasang di sekeliling rumahnya. Matanya meliar. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Eh ada kapal."

Tak pernah jalanraya didepan rumahnya itu dilalui oleh kenderaan berat lain seperti lori, trak mahupun trailer. Tapi kali ini cukup menarik mata Pija untuk menatap sebuah sosok kapal laut yang kelihat dari situ agak besar. Teruja penglihatannya tatkala dimasa dia perlukan sesuatu untuk dicakapkan atau dibuatkan.

"Kan best kalau dia singgah kejap rumah aku, tapi kenapa mesti rumah Pak Mail ?"

Rungutan berselang rungutan hanya timbul dibibir tebal Pija itu. Dari awal turunnya hujan sehinggakan detik ini dia tak henti dengan seribu satu rungutan. Ada saja yang dia tidak puas hati. Dibukanya jendela untuk melihat dengan lebih jelas.

"Hai Pija, nak tolong cucikan kapal-kapal ikan dalam akuarium Pak Mail ke ?"

Gelak lelaki tua itu sebaik saja Pija membuka ruang jendela rumahnya. Tersentap nyawa Pija waktu itu.

0 suara balas:

Post a Comment