Wednesday, August 17, 2011

Kispen : Bunga Api

"Man, jangan lah amek aku punya. Kau kan ada, guna lah kau punya sendiri."

Lantang suara Amin menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada rakan karib sekampungnya itu. Inilah rutin tiap malam mereka pada waktu begini. Orang sibuk ke masjid solat terawih, mereka pula sibuk membakar bunga api. Mereka selalunya main bertiga. Seorang lagi Borhan. Tapi kebiasaannya Borhan akan sertai mereka setelah dia habis menunaikan solat terawih lapan rakaat. Tapi malam ini dia terlewat sedikit. Mungkin pulang kerumah dahulu agaknya.

"Mana si Borhan ni Man ? Dia tak ada rumah ke ?"

Tanya Amin yang risaukan temannya itu. Bukan risaukan apa, dia cuma risaukan terlewat pulang kerumah sebelum ibubapanya selesai solat terawih. Ibubapanya sangat pantang melihat Amin pulang lewat malam kerana terlalu asyik bermain dengan teman-temannya yang lain.

"Haaa, datang pun kau Borhan. Aku ingatkan kau tak datang."

"Entah, aku baru nak habiskan semua bunga api ni, kecoh lah kau ni"

Sampuk Man ketika mencelah perbahasan Amin dengan Borhan. Mereka bertiga meneruskan aktiviti mereka itu. Berlari-lari kedua Amin dan Man berkejaran, namun Borhan masih saja berdiri di tempat yang sama. Sambil dia memegang sebatang bunga api yang terbakar hujungnya.

"Baju apa kau pakai ni Borhan ? Tak pernah aku nampak kau pakai. Putih pulak tu"

Terkeluar pertanyaan itu dari mulut Man yang sememang kuat bertanya orangnya. Di sekolah, Man terkenal dengan sifat peramahnya yang tidak takut apabila berjumpa dengan orang asing. Dia akan berlagak seperti sudah lama mengenali orang itu. Dia sangat peramah dan juga terlebih peramah. Sehinggakan dia digelar dengan nama Man Kepoh di sekolahnya.

"Nahh"

Borhan menghulurkan lebihan bunga api kepada temannya, Man. Lantas Borhan terus berjalan pulang tanpa bicara sepatah pun. Mereka berdua saling berpandangan. Membuat reaksi muka yang seakan sama, tanda tidak tahu terhadap perangai Borhan malam itu.

"Aku nak balik lah Man. Nanti mak aku mengamuk lagi. Jumpa esok ya"

"Bye Amin, jumpa esok. Bawak bunga api banyak-banyak tau !"

Sempat Man bergurau dengan temannya itu sambil tersenyum. Dilihatnya pula kelibat Borhan dari celah pokok mangga tepi rumahnya. Kali ini Borhan berbaju merah kesukaannya itu. Berlari-lari kearah Man dengan beberapa bunga api ditangannya. Bisu mulut Man. Tak terkata.

"Kau ni Borhan, balik nak tukar baju je ke ? Buat habis peluh kau je"

Borhan terpinga-pinga memikirkan apa yang sedang dibahaskan temannya itu. Nafasnya masih lagi tersekat akibat paru-paru ketat semasa berlari kencang tadi. Putus-putus suara Borhan membalas.

"Ma..ma mana aa ada. Aku ba..ba baru sssam pai lahh"

Pucat muka Man mendengar jawapan yang tak pernah disangka akan keluar sebegitu dari mulut Borhan. Kali ini dia betul-betul menggigil dari atas hingga kebawah. Terasa air kencingnya mula jatuh membasahi seluruh lantai. Borhan yang melihat hanya mampu tertawa dengan gelagat spontan Man.

"Kau ni pun, kalau tak tahan, pergi lah kencing dulu. Hahaha."

0 suara balas:

Post a Comment