Friday, December 23, 2011

Kispen : Budak Lelaki Atheist

Dalam sebuah majlis keagamaan bebas, terdapat beberapa ketua agama bagi setiap puak. Semua mereka berkumpul bagi berkongsi segala kaedah dan pendapat tentang agama masing-masing.

Seorang pak imam menghulurkan sekeping risalah kepada pengacara majlis. Risalah itu adalah syarat utama yang perlu disertakan untuk tujuan pembelajaran.

"Wah cantik, warna putih hijau. Warna yang sangat sesuai dengan agamamu"

Kata pengacara majlis yang terlahir khunsa itu. Bertubuh cantik namun sayangnya dia mempunyai suara yang kasar. Dua personaliti yang unik untuknya.

Seorang pemuda botak berpakaian kuning tanpa memakai apa-apa sarung dikaki turut menghulurkan sekeping risalah tentang agamanya.

"Simple, unik. Padat dengan informasi, bijak anda menyusun ayat-ayat"

Datang pula seorang kanak-kanak berpakaian lusuh serta berseluar pendek sambil menghisap lolipop dimulut. Budak itu bertopi. Dibukanya topi itu. Rambutnya yang panjang disisih rapi. Perang warnanya. Dia turut menghulur sekeping risalah kepada lelaki separa perempuan itu.

"Eh, kenapa risalah ini kosong ? Adik tersalah beri kepada saya ke ?"

Jawab budak lelaki itu selamba.

"Memang begitu, kosong. Kami atheist, free thinker. Bebas"

Ketiga-tiga pak imam, sami dan pengacara majlis itu saling berpandangan. Langsung tak terkata mereka setelah mendengar kata-kata budak lelaki itu.

0 suara balas:

Post a Comment