Saturday, August 6, 2011

Angin Cuba Ambilkan Bulan

Bulan
Engkau terpaling sempurna
Cahaya kau bikin dia senyum
Sinar kau bikin gelap dia terang

Angin
Cuba engkau gagahkan diri
Rangkul bulan tinggi itu
Yang cuma satu, buat dia

Bulan
Engkau angan dia
Engkau mimpi dia
Tersawang lamanya
Akan selalu bersawang

Matahari
Engkau terpaling istimewa
Terik kau bikin aku khayal
Bahang kau bikin aku lupa

Angin
Cuba engkau gagahkan diri
Rangkul bulan tinggi itu
Yang cuma satu, buat dia

Adaptasi Angin Cuba Ambilkan Bulan
Oleh Nur Gummy Syuhada


0 suara balas:

Post a Comment