Tuesday, July 26, 2011

Tuhan Engkau

Hey umat, pandang sini
Aku tuhan kau, sembah sini
Engkau cuma kapas buat aku
Titah aku jangan kau langgar
perintah aku jangan kau hentam

Hey umat, dengar sini
Aku tiang kau, patuh sini
Engkau cuma angin buat aku
Cakap aku jangan kau pekak
Telunjuk aku jangan kau bantah

Mana pergi semua umat semalam?
Aku tuhan engkau, aku tiang engkau

Kalau bukan aku, engkau bukan siapa
Engkau cuma kapas mahupun angin
Tempat engkau cuma bersama si hitam
Bayang bayang pahit yang kau coret

Pandang sini
Dengar sini

Apa lagi pilihan engkau
Cuma aku tuhan kamu, tiang kamu
Kau murtad tanpa aku
Kau roboh tanpa aku
Kau satu, aku ramai

Paksi tengah tengah sudah hilang
Kini tinggal saki baki daki saja
Bedebah yang ditinggalkan untuk kau
Telah aku kutip buat santapan semua

Haruman wangi dunia ini semuanya palsu
Yang mutlak hanya palitan kejam busuk
Durjana bangsat tak tahu dek bahasa
Merangkak terlentang bila merana

Hey umat, kau masih mendengar?
Bisikan aku buat engkau
Biar engkau sembah aku, tuhan kau
Biar engkau taat aku, tiang kau

Aku tuhan engkau
Mulai kini, sekarang

0 suara balas:

Post a Comment