Tuesday, July 26, 2011

Orang Tua, Kau Sudah Mati

Orang tua,apa lagi kau renungkan hari hari?
Tunggu lah,masa kau sudah nak tiba
Kau akan mati tidak lama lagi,sabar lah
Buat apa kau derita untuk mereka lagi
Yang bodoh tak berhati budi kalah binatang
Kau masih kuat orang tua,kau kuat

Kau rindu suami kau yang sekian lama pergi
Tinggalkan kau dengan benih yang kau semai
Harap suatu hari nanti kau mencapai awan
Atau setidak tidak nya membuka mata kecil kau
Untuk melihat sinar pelangi dengar warna hebat

Sekejap lagi kau akan mati orang tua,sabar lah
Aku akan pastikan derita sakit kau lenyap
Kau akan bersama yang kau harap di atas sana
Bila bunyi itu tiba,aku tutup mata kau

Bila gelap,jangan kau panggil aku orang tua
Kerna ia cuma suatu ketika sejenak kau mati
Tak akan ada duka berdarah merah pekat di dada
Kau bebas di angkat ke awan mencecah pelangi

Tinggalkan benih busuk di bawah dan humban segala memori
Biar kaca dari atas tusuk mata benih dengan kejam
Pecahkan saja tulang sang benih berderai satu per satu
Kau sudah mati orang tua,buka lah mata

Kau sudah mati orang tua
Kau sudah sampai di atas
Sentuh awan ini dengan tangan kau
Lihat dan senyum pada pelangi ini

Ini semua engkau yang punya
Bukan milik aku,sebab aku hanya tak dapat melihat
Tak dapat menyentuh sama sekali
Kau masih bertuah berbanding aku orang tua

0 suara balas:

Post a Comment