Saturday, June 18, 2011

Gelap

Langkah perlahan lahan turun anak anak tangga. Dia cuma lihat seekor kucing terlentang kelaparan.

Hidangan makan malam yang tak akan pernah di jamah. Walau sedikit.



Teruskan melangkah perlahan ke lorong gelap itu.

Gelap gelita yang nyata. Padam lampu. Tiada cahaya.



"Mana jalan keluar?"



Bisik suara halus manusia dalam gelap.

Mencari cari jalan keluar yang tak dijumpanya. Diam dia terduduk.



"Matilah aku".



Putus putus suara.

Tidak berganjak satu jarak pun dari situ.

Mata mula dia pejam.



"Aku penat".



Capai segala objek nyata disekeliling untuk cuba mengenal tempat dimana ia dipijak.

Mata semakin gelap dan suara kian lenyap.



Tiba tiba tergelak seorang diri dalam cahaya malap itu.



"Hahahahaha.Aku tak nampak,aku tak nampak"



Suasana diam sekejap.

Mati perasaan dia.

Mati akal fikirkan jalan keluar.

Dia tersesat dan takkan pernah jumpa,takkan jumpa jalan pulang.



"Babi". Jerit terakhir sebelum urat dikelar.



Keesokkan harinya,polis menemukan seorang warga Malaysia yang dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan setelah seluruh keluarganya mati dalam sebuah kemalangan ngeri.

0 suara balas:

Post a Comment