Wednesday, May 25, 2011

Sam Episod #02

Pagi ini seperti kebiasaan. Bangun selewat yang mungkin. Itu kekuatan pabila cuti yang sedia ada. Dilengkapkan pula dengan sikap malas Sam, memang sempurna. Jam tepat menunjukkan pukul 1 petang. Sam tersedar dari lamunan mimpi indah yang direka buat hiburan dia. Sudah berminggu minggu dia lelapkan mata tanpa mimpi. Tapi kali ini berlainan. Bingkas bangun dia dari katil.

Telefon bimbit dicapainya. Mati. Dihidupkan semula.

Mata meliar Sam terus menerjah setiap huruf dan nombor dalam telefon bimbitnya. Ada sesuatu yang dicarinya. Namun hampa. Dihempas kekatil telefon itu. Kecewa. Berdengus bunyi dikeluarkan. Mengeluh panjang dengan muka yang hampa. Lalu baring semula di sisi bantal. Dang!

Melihat dia ke siling biliknya yang tidak ada coraknya. Apa ditenung masih jua tidak diketahui. Nafas panjang dilepaskan.

"Mary" , kata Sam perlahan.
"Tak mungkin". Bangun dari katil dan bingkas dicapai tuala. Mandi.

Sejuk menggigil tubuh kecil Sam yang seorang yang memang tidak tahan akan kesejukan. Pantas digeledah almari untuk mencari pakaian yanag sesuai untuk menutup tubuhnya dan hilangkan rasa dingin itu. Tee topman ungu menjadi pilihannya hari ini bersama jeans pendek separuh suku lepas lutut.

Zapp. Zip ditarik. Kemas.

Memang takkan ada sikat didalam bilik Sam. Rambut itu sudah lebih kurang sepuluh tahun ditinggalkan tanpa sikat. Memang itu Sam suka. Minyak rambut mahupun gel pun tidak dibubuh Sam. Cukup semburan pada rambutnya. Dia lebih selesa dengan itu.

Terdiam sekejap Sam. Cuba memikirkan apa yang ingin dia lakukan. Dicapainya telefon bimbitnya. Dicari cari dan jumpa. Butang ditekan. Panggilan dibuat.

"Hello" - Sam memulakan.
"Sam,lama tak dengar cerita..." - Kate menyambung.

15 minit yang singkat bagi mereka. Panggilan akan dimatikan. Sam cuba memulakan. Niat awal nya. Bertanya.

"Text aku nombor Mary boleh?" - Sam bertanya.
"Hah? Err,okay" - Kate serba salah.

Menunggu mesej dari Kate. Sam sabar. Komputer riba dihidupkan dan rutin harian diteruskan. Namun dia masih menunggu dan menunggu. Berkhayal sebentar Sam depan komputernya. Memikirkan mimpi semalam. Mimpi yang menyebabkan dia merenung tepat siling, mencari nama dan nombor, dan panggilan dibuat untuk Kate. Itu semua kerana mimpi. Mimpi Mary.

Bzzzz! Getaran. Mesej diterima.
Oleh Kate. Ada nama Mary didalam mesej itu.
Save, tindakan pantas oleh Sam. Padam semula skrin telefon bimbitnya.
Mungkin bukan hari ini, mungkin esok lusa. Dia tidak tahu. Tidak tahu.

0 suara balas:

Post a Comment