Saturday, May 21, 2011

Sakit Jelita

Dalam gelap itu engkau khabarkan
Berita buruk aku sifatkan
Jiwa aku engkau robek macam binatang
Bukan engkau, tapi dia, aku benci dia
Lapan tahun kau berlutut pun aku takkan
Takkan sudi biarkan engkau berkongsi kasih
Biar jiwa satu ini saja jadi sanjungan dia
Persetankan perasaan aku sebab aku ni siapa
Aku bukan sanjungan ramai yang besar
Aku cuma makhluk kecil yang hina engkau kutip
Aku pernah datang suatu masa dulu, ingat
Dulu aku pernah cakap, aku itu pada engkau
Aku ingat sampai sekarang, lupa takkan
Sekarang yang dulu aku sambung kembali
Aku cantum yang beribu retak pecah musnah
Kembali aku satukan menjadi bentuk asal
Aku warnakan mata aku dengan imej engkau
Tangan aku aku hadkan untuk sentuh cuma kau
Kalau aku ke kubur dahulu sebelum engkau
Tolong kucup bibir aku buat kali terakhir
Simpan semua koleksi potret aku pada engkau
Semadikan minat aku dengan hobi engkau
Jadikan perangai aku tingkahlaku engkau
Aku nak ada disetiap adanya engkau
Biar jauh jasad aku tapi dekat jiwa kita
Si gadis jelita, engkau anugerah buat aku
Terima kasih.

0 suara balas:

Post a Comment