Sunday, May 15, 2011

Sama Hitam

Hitam rambut memang sama
Lain sikit engkau punya
Warna bukan ukuran tepat
Yang hitam tak tentu asli
Yang perang tak tentu salah
Dua puluh tahun rambut hitam
Sekali pun tak pernah warna
Cuma bukan pendek jadi kesukaan
Biar panjang ikut susuk muka
Selesa aku selesa engkau kah?
Kalau bukan jangan buka mulut itu
Senyap jangan lontar bicara busuk
Aku panjang tapi hitam, tulen yang pasti
Engkau kemas, tapi warna engkau coret
Hina aku depan mata engkau sahaja
Konon selekeh sakai tak bertamadun
Tamadun apa cuba engkau sampaikan
Kalau bukan ikutan semua orang, jangan
Bodoh engkau aku sahaja yang tahu
Kalau bodoh jangan tunjuk, sembunyi
Sebab aku bijak menangkap orang bodoh
Sudah sudah memaki kami sang selekeh
Kami pijak atas bumi bulat sama seperti kau
Dongak atas nampak langit awan biru pasti
Sampah semalam jangan simpan dalam poket
Buang dalam bekas sampah, hilang bau nya
Angkat tangan, berdiri, jangan duduk
Terjun bukit lagi bagus kalau tak selesa
Aku tak pernah halang cubaan engkau
Malah aku senyum lebar saat kau mati
Dunia aku takkan selekeh dimata kau lagi
Aku suka hitam aku, panjang aku, bukan kau
Selama pasti akan aku berdiri, tegas

1 suara balas:

c.i.k.a.m.i.e.a said...

legam rambut tak sama,
kita lupa asal kita dari tanah,
hina dimata kita, mulia disisi pencipta,

Post a Comment