Monday, June 25, 2012

Comments: (0)

Layar Panggung




layar panggung
(menampilkan Danny)

malam.
sepi malam dimatamu
seakan membawaku pulang,
pulang menonton filem-filem
yang kau bikin hujung musim bunga yang lalu--percuma

kelam.
jiwa kelam didadamu
seakan meminta segalanya,
meminta agar segera filem bermula
supaya bisa dengan perlahan
aku mengunyah popkon yang manis--sendiri

pada sketsa yang begitu singkat
kau sempat mencipta skrip pendek,

ia berbisik-- :
disana kau dan aku pada dahulu
mengeja aksara demi aksara dengan tabah,
sambil belajar membuat susunan yang indah,

sepertinya sedang membawa kita,
ke layar perak yang sama,
ke pancaran mimpi yang sama,
ke tiap cita-cita yang kita reka bersama,

malam ini,
aku menonton kembali,
filem yang kutanam dalam mataku,
aku putar mainkan

tapi dimana aktress utama ?
dimana perginya dia ?

dan pada itu,
gerimis kecil mulai turun
sebelum sempat aku membuka payung

lalu
rasa ini tergendala
umpama pahitnya kunyahan popkon
hingga semuanya reda saat kau utarakan,

"aku masih tetap disini !, tetap difilem ini !"

saat itu
aku benar-benar merasa manisnya popkon
bila akhir cerita ini,
pelakonnya,
penerbitnya,
pengarahnya,
kesemua tertulis aksara namamu.

23 June 2012
Kombi Kafe, JB
Malam Pelancaran Gasak, Popkon dan Nama Ai Lolipop

Sunday, April 8, 2012

Comments: (0)

Kembali Pendek

Jam loceng menunjukkan sudah hampir ke jam 11. Aku masih tenggelam diatas empuknya balutan katil. Ditengah ombak nafsu tidur yang meninggi. Aku masih ingat lagi dulu, waktu zaman pengajian, ada saja yang memujuk buat aku lelap, buat aku pejam. Mata aku tak bisa dipujuk. Pasti saja akan lentok.

Malasnya nak bangun.

Manakan sama hari ini dengan hari-hari sebelum ini. Lain, sangat lain. Takkan pernah sama lagi. Kalau dulu, semua aku bisa. Nak kata mustahil, memang nustahil. Kini bukan seperti dulu. Aku masih diatas katil, enak beradu. Dibalut selimut, itu lagi sedap !

Jam beransur ke angka 12. Cepat masa berlalu. Aku selalu impikan punyai kehebatan mematikan masa, paling tidak pun memperlahankan masa, cukup sempat buat aku laksanakan segala-galanya. Dengan memejam mata, masa bisa terhenti. Objek hidup mati sejenak, objek bergerak menjadi pegun. Itu cuma angan saja. Mana pernah ada kuasa sebegitu hebat. Kalau dalam televisi ada lah. Yang dalam televisi itu pun kebanyakkannya menipu. Semuanya tipikal.

Mata dialihkan daripada merenung jam kearah bingkai gambar diatas meja. Berhabuk. Sudah sebulab tidak dijaga, dikemas. Potret seorang gadis, cantik. Azura namanya. Anak seorang usahawan negara. Tingginya separas aku, itu dulu. Tinggi aku sebulan lepas. Kini tidak lagi. Kini aku kembali pendek. Tubuh badannya ranum, montel pipinya. Rambutnya perang kemerah-merahan. Lurus, wangi dengan haruman bunga. Azura oh azura, aku rindu kau.

Andai dapat aku kembalikan sebulan yang lepas, dimana kecelakaan itu tidak berlaku. Andai aku punya kuasa memperlahankan masa, mungkin akan aku matikan seketika masa itu. Buat selamatkan keluargaku. Selamatkan kedua belah tangan dan kakiku.

Kini, aku tidak seperti dulu. Aku kembali pendek dan kecil.

Wednesday, March 14, 2012

Comments: (0)

Teori Pendek #20

Jadikan cela sebagai permainanmu, rangkul kata mereka yang membusukkan telingamu, endahkan laungan mereka, lari lalu terbang capai kejora.

Comments: (0)

Teori Pendek #19

Bunga akan lebih harum jika tangan yang menghulur itu dengan sebekas hati dan pedoman yang tinggi menggapai angkasa. Tinggi kelangit.

Comments: (0)

Teori Pendek #18

Tak semua burung yang terbang luas diudara selesa dengan sayapnya, adakala mereka mahu punyai sirip buat berenang dilautan luas.

Comments: (0)

Teori Pendek #17

Aku adalah kaca bagi yang buta, permata bagi yang kenal erti dunia.

Comments: (0)

Teori Pendek #16

Anak bongsu yang kematian ayah sejak kecik,akan dikatakan bodoh, tak berguna, nakal dan bermasalah, aku buktikan itu semua palsu.

Comments: (0)

Teori Pendek #15

Kasihan dengan mereka yang tak tahu beza kaca permata, tak tahu syukur apa ada. Punya teman, kita lemparkan, dunia ini luas.